Dalam TV3 pun tiap- tiap minggu ada ceritakan pasal kehidupan segelintir masyarakat kita yang kurang berkemampuan baik dari segi material ataupun fizikal. Walaupun disisihkan masyarakat namun itu bukan sebab yang menghalang daripada meneruskan hidup. Bantuan pun jarang- jarang dihulurkan oleh orang- orang yang terdekat apatah lagi dengan golongan yang bergelar YB (yang tak turun padang la, time berkempen je buat pe).
Dalam hal ni aku nak cerita tentang satu fenomena yang berlaku di kalangan masyarakat kita, bukanlah maksud aku untuk bercerita secara detail tapi sebagai renungan kepada pembaca dan aku sendiri.
Kadang- kadang kita selalu perhatikan ada budak- budak (even adults) yang 'pandai' cari tempat- tempat yang strategik untuk menagih simpati sebagai contoh di bank. Ada yang siap sediakan kerusi kat depan bank, cam nak mintak bayar zakat la pulak. I'm not angry but if you are too desperate to get 'bantuan- dana pembinaan sekolah,asrama, or what- so- ever' why don't go to the authority person. Aku pernah dengar berita dana adri zakat mencecah berbillion- billion. So what's the problem now. Takkan nak mintak pun tak reti.
There is a bit short story i want to share, this event berlaku masa aku ada di bandar. Masa aku lalu jejantas aku ada nampak seorang pakcik yang appearance sangat daif duduk di bahu jalan untuk mendapat sedekah, pakcik tu jes duduk tanpa meminta- minta (kesian sangat so aku pun bagi walaupun tak banyak). Then, lepas aku jalan depan sikit ada dua budak around 9 years old yang berseragam kemas ibarat salesman datang jual kismis (cam minta sedekah jugak la). Lepas aku dah jalan jauh- jauh ada lagi group 2 budak macam tadi jual kismis.
So, semua ni menyebabkan aku marah, kecewa, keliru dengan kumpulan yang buat part- time meminta sedekah ni. Adakah diorang buat kerja- kerja ni disebabkan masalah kedaifan mereka sendiri. Tentu tidak aku rasa. Budak- budak tu sepatutnya menelaah apa yang dipelajari dalam sekolah kat rumah bukan kat tepi- tepi jalan. Satu scene yang aku tak boleh lupa adalah aku pernah lihat seorang makcik yang kudung kaki dan tangannya masih boleh melakukan kerja menjual kuih- kuih di pasar tanpa bergantung pada orang lain. Aku cukup respek kat makcik tu, sepatutnya kita yang sempurna anggota fizikal patut berasa malu dengan diri sendiri kerana masih nak mengharapkan bantuan orang lain walaupun mampu.
Lastly, aku harap catatan aku kali ni dapat buat kita semua bermuhasabah dan perbaiki diri kita supaya lebih berusaha dan dapat menolong orang lain instead daripada kita ditolong orang. Salah satu daripada petua untuk panjang umur adalah dengan kita berbuat kebajikan kepada orang lain..^^,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan