Time aku kat ceramah tu ada sorang student tanya apa perbezaan orang Melayu zaman dia dengan sekarang. Dia jawab keadaannya sangat berbeza, pada awal hidupnya dia berada pada zaman yang berlakunya beberapa fasa penjajahan sebelum mendapat kemerdekaan. Semasa ditadbir British, dijajah Jepun, British balik jadi MBA (Malayan- British Administation), MU (Malayan Union) pastu baru la Persekutuan Tanah Melayu 1948. Hidup orang Melayu sangat susah kerana kita masih dalam jajahan. Nak belajar pun susah, kita terpaksa memanggil orang Inggeris sebagai TUAN di tanah air kita sendiri dan kita terpaksa menjadi KULI kepada mereka. Satu kenyataan yang memedihkan kita pada masa lalu.
Zaman sekarang kita adalah sangat bertuah dari segi peluang pendidikan kerana kita ada banyak pilihan dan jalan untuk mencapai matlamat dalam bidang yang kita pilih. Pada zaman beliau peluang melanjutkan pelajaran adalah amat terhad, tambah lagi institusi pun kurang. Tempat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan hanya satu sahaja iaitu di UM kat Singapura (kalau xsilap aku). Itu pun sebenarnya beliau berminat pada jurusan Undang- Undang, oleh kerana itu sahaja pilihan yang dia ada tapi dia berusaha dengan sedaya upaya untuk strive dalam bidang tersebut. Time dia dah habis kerja dia bukak klinik tapi tak lama, sebab dia menyertai bidang politik yang diminatinya sekian lama. Dan dia telah meletakkan segala jiwa dan raganya ke dalam bidang yang diminatinya tu.
Nak cerita semua memang aku tak ingat la, tapi salah satu yang menarik diperkatakan oleh Tun kalau kita nak mencapai matlamat dalam hidup kita kita perlu tahu:
Bagi aku ni adalah satu falsafah yang perlu kita fikir sebelum kita melakukan sesuatu tindakan untuk masa depan kita, i mean kalau nak kerja nanti ke kita perlu sedar sekarang bukan senang nak memiliki kerjaya yang ideal untuk kita. Dapat pun kira ok la.
Moral of the story yang dia bagi, dia beritahu:
"Put your heart and soul in whatever you do. tahu apa aset kita. apa pun jurusan yang kita ambil walaupun bukan minat kita.. Tingkatkan!"
Kita pada hari ni patut rasa bersyukur sebab dapat peluang belajar ke sampai ke Universiti, walaupun tidak mendapat bidang yang diingini tapi itu bukanlah bermakna itu adalah noktah dalam usaha kita mencapai kejayaan. Bangsa lain lebih berjaya walaupun mereka lebih layak mendapat bantuan berbanding kita.
"Cabaran zaman ini kurang menekan berbanding zaman dulu. sebab itulah orang sentiasa ambil mudah. kebanyakan orang melayu lebih gunakan wang untuk berbelanja berbanding untuk simpan bagi kegunaan masa depan"
Ingat tu, berbanding kita orang Cina lebih bijak menguruskan kewangan dengan meng'invest'kan duit yang diorang dapat. Kita perlu sama- sama berusaha untuk mencapai kejayaan samada untuk diri sendiri dan juga untuk agama, bangsa, dan tanah air.
Sekian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan