Khas buat pembaca

Ribuan terima kasih diucapkan kepada setiap pengunjung blog ini yang sudi bersama2 melihat artikel yang saya postkan.

Segala penulisan saya di dalam blog ini adalah berdasarkan pengolahan dari pembacaan saya merangkumi blog,buku,jurnal,dll bertujuan untuk berkongsi ilmu kepada semua.

Pandangan dan cadangan daripada anda amat saya hargai supaya kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. =)

Jumaat, 2 Disember 2011

Ulasan komen: Bangsa sebelum Adam A.S

Ini adalah komen dari thaqibzaki berkaitan artikel Bangsa sebelum Adam A.S, oleh kerana jawapan saya agak panjang jadi saya letakkannya dalam halaman yang baru.


"Untuk semua: Kalau nak kata tak wujud zaman peleolitik, mesolitik dan lain lain tak boleh gak walaupun pada asalnya aku menyangkal perkara itu. 

Memang Nabi Adam itu turun dengan ilmu sekalian alam. Tapi harus kita tahu bahawa dalam al-quran ada menyatakan manusia itu bodoh dan sombong. Bila sampai tahap manusia itu bodoh dan sombong, maka sekalian perkara juga mungkin akan dilupakan.

Maka, mereka mungkin akan menjadi ketidak tamadunan setelah terlalu ghairah akan sesuatu perkara. Banyak lagi yang perlu dikaji dan diambil tahu. Sebagai contoh, sila semak al-quran mengenai yakjuj dan makjuj. hanya ada dua perkara saja dalam al-quran menyatakan mengenainya.

salah satu adalah mengenai tembok yang menghalang keganasan yakjuj makjuj. tembok itu telah dibina tapi sekarang di manakah tembok itu? tidak terfikirkah bahawa suatu masa dahulu juga mempunyai teknologi yang menjangkaui zaman? 

sesuatu peradaban itu juga akan dihancurkan oleh allah setelah umatnya lupa akan-Nya. 

senang kata, bukan makhluk jin saja yang maju pada suatu ketika dahulu. banyak lagi contoh bangsa-bangsa terdahulu yang maju. baca dan fahami kitab peperangan hamurabi kalau tak silap. 

perbetulkan jika ada kilaf. 

Unknown: Selepas kiamat, adalah akhirat. Alam kekal abadi. Manusia dihisab. Dihitung amalannya. Dianugerahkan syurga pada amalan baiknya. Neraka pada amalan mungkar. Tiada rantaian itu kelak. Perbanyakkan baca al-quran dan fahami isi kandungannya. serta sunnah nabi.

Bit: 10 000 tahun turunnya Adam itu bukan jangka yang pasti bukan? sebab pada kajian aku bersama tiga rakan lain bersependapat bahawa setiap nabi akan membawa satu zaman. dan zaman itu memakan ribuan tahun. Lihat saja zaman nabi muhamad, sudah beribu tahun. begitu juga pada zaman zaman nabi yang terdahulu. maka, dalam tempoh masa ribuan tahun itu, pastinya ada tamadun yang cemerlang. 

P/s: Kaji pada teknologi dapat melihat jangka masa dan tempoh peradaban mereka."

Terima kasih kepada saudara thaqibzaki kerana bagi komen yang menarik. 

Disini ulasan saya:

Saya tidak menyangkal zaman paleolitik, mesolitik,dan lain tidak wujud bahkan sudah dibuktikan dengan penemuan arkeologi2. Namun disini 'bangsanya' bukanlah dari Adam A.S tetapi lebih kepada bangsa Jin seperti penerangan saya di atas dimana bangsa ini juga ada mempelajari ilmu pengetahuan yang tinggi. Seperti tinggalan2 teknologi lampau yang menjangkaui puluhan ribu tahun.

Dalam membincangkan Yakjuj dan Makjuj, memang, boleh jadi mengikut pendapat saudara berkenaan dibina menggunakan teknologi yang menjangkaui zaman. Tapi bagi saya, dalam membincangkannya bukan perkaitan sejarah sahaja tidak boleh kita mesti mengaitkannya dengan ilmu eskatologi (yakni ilmu2 akhir zaman: perkaitan tanda2 kiamat dsb). Pendapat yang saya terima (terlalu panjang untuk dihuraikan) adalah Yakjuj dan Makjuj adalah manusia sama sahaja dengan kita dan tembok yang dibina boleh jadi hanyalah tembok diantara manusia-manusia.

Benar pandangan saudara bukan bangsa Jin sahaja yang maju suatu ketika dahulu. Dalam Al-Quran juga ada menggambarkan ada bangsa yang maju tetapi dimusnahkan kerana ingkar pada Allah seperti kaum Ad'. Namun saya maksudkan dalam artikel diatas adalah juga kemajuan bangsa Jin sebelum Adam A.S yang telah hidup sekian puluhan ribuan tahun.

10,000 tahun hanyalah anggaran sahaja, ini kerana sumber2 rujukannya adalah merujuk kepada Al Kitab dan termasuk dari Kitab Kejadian, Perjanjian Lama- Perjanjian Baru yang diselaraskan mengikut keterangan Al-Quran dan As-Sunnah. 

Disini saya huraikan berpandukan hadis:

Dari Ibnu Abbas, dari Rasullullah S.A.W:"Umur Adam adalah 1000 tahun".Kemudian ia berkata: Antara Adam dan Nuh adalah 1000 tahun, dan antara Nuh dengan Ibrahim adalah 1000 tahun, dan antara Ibrahim dengan Musa adalah 700 tahun, dan antara Musa dengan Isa adalah 1500 tahun, sedangkan Isa dengan Nabi kita adalah 600 tahun."
(H.R Hakim)

Dari sini secara tidak langsung umur Nabi Adam jika dikira secara relatif dari hari ini adalah sekitar 6236 tahun. Wallahu'alam

Pengiraan dari Perjanjian lama pula adalah lebih kurang 6787 tahun mengikut kiraan masihi. Umum kita tahu jangkamasa umur manusia dahulu lebih lama berbanding kita sekarang. Bagaimana jika Adam A.S turun ratusan ribu tahun lalu jika bersandarkan kiraan relatif diatas Nabi Muhammad S.A.W lebih lama meninggalkan kita.

Maafkan saya kerana saya tidak memahami makna setiap Nabi membawa zaman, kerana ada juga suatu zaman terdapat nabi2 lain seperti Musa dan Harun, Ibrahim dan Luth, dan sebagainya tetapi hanya sebab ada juga zaman manusia yang tidak mencecah ribuan tahun kerana dimusnahkan Allah seperti kaum Luth,Ad',dan sebagainya.

p/s: Kajian pada teknologi memang benar dapat melihat jangka masa dan tempoh peradaban mereka. Juga setiap kajian mesti bersandarkan Al-Quran dan As-Sunnah, kerana mungkin manusia akan tersilap mendasari asal usulnya.