Khas buat pembaca

Ribuan terima kasih diucapkan kepada setiap pengunjung blog ini yang sudi bersama2 melihat artikel yang saya postkan.

Segala penulisan saya di dalam blog ini adalah berdasarkan pengolahan dari pembacaan saya merangkumi blog,buku,jurnal,dll bertujuan untuk berkongsi ilmu kepada semua.

Pandangan dan cadangan daripada anda amat saya hargai supaya kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. =)

Ahad, 27 November 2011

Rekabentuk sempit yang 'luas'...

Saiz bilik yang kecil memang menyebabkan ketidakselesaan kepada kita, khususnya dalam men'dekorasi' memang susah kerana ruang yang sempit. Nak letak perabot pun pening..haha

Biasalah, kadangkala keperluan juga dapat dijadikan sumber innovasi. Dihasilkan oleh Tumidei di Itali. Idea rekabentuk2 yang dihasilkan ini menggabungkan segala 'perabot' keperluan menjadi kompak. Nice..=)






Idea rekabentuk ini kalau dilihat semuanya menggunakan mekanisme dan konsep mudah seperti 'slide', 'raise', dan sebagainya supaya ruang dapat dijimatkan lagi. Walaupun mahal (mungkin) tapi praktikal bagi yang inginkan keselesaan ataupun privasi.

For me, my choice is no2, style..=)

kredit kepada- treehugger

Isnin, 21 November 2011

Komputer tablet Maya..

Pernahkah kita terbayangkan tablet komputer yang 'super mobile' sehingga boleh dibawa ke mana2 dan dapat dilaraskan saiznya. Satu rekaan yang menarik telah dihasilkan dan diberi nama "Integral Cord", hanya terdiri daripada seutas kabel berintegrasi boleh lentur ini yang bisa memanipulasi saiz dan bentuk sehingga dapat mewujudkan semacam sebuah tablet komputer.









Apa yang menariknya rekaan ini juga dapat mewujudkan suasana sosial dimana banyak komputer dapat beroperasi dengan membentuk 'looping' yang baru.

Di bawah anugerah rekaan Fujitsu (Fujitsu Design Award) idea rekaan trio Raphael Lang, Yu-Lin, dan Stephen Chan ini walau bagaimanapun hanya mendapat tempat naib johan sahaja. Namun begitu, idea futuristik ini sememangnya sesuai untuk individu yang kerap berjalan dan memerlukan keselesaan mobiliti. Nak buat presentation pun senang..=)

kredit kepada-www.designboom.com

Jumaat, 11 November 2011

10 kata Hikmah dari China..

Bukan mudah untuk menempuhi ujian hidup yang penuh rintangan dan dugaan yang melanda, kadangkala motivasi dan kata2 hikmah menjadi pemangkin kepada diri untuk lebih berusaha mencapai kejayaan.

Maka diisini saya kongsikan kepada anda 10 kata2 hikmah yang nukilkan oleh golongan cerdik pandai dari China..

1.) Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.





2.) Sebuah batu permata tidak boleh digilapkan tanpa gosokan. Sepertimana halnya seorang manusia disempurnakan dengan cubaan hidup.





3.) Lebih baik menyalakan lilin daripada mengutuk kegelapan.




4.) Yang bertanya selama lima minit lebih baik daripada tidak bertanya langsung, kerana dia akan tetap bodoh selamanya.





5.) Jika anda tidak ingin sesiapa mengetahuinya, jangan melakukannya. (perkara buruk saje ye..)





6.) Berikan seseorang seekor ikan, anda memberi dia makan untuk sehari. Ajarkan seseorang menangkap ikan, anda memberi dia makan untuk seumur hidup.





7.) Waktu terbaik untuk menanam sebuah pokok adalah dua puluh tahun yang lalu. Waktu terbaik kedua adalah pada hari ini.





8.) Jika ingin tahu masa lepas anda, lihatlah keadaan diri pada hari ini. Jika anda ingin tahu masa depan anda, lihatlah tindakan anda saat ini.





9.) Sebuah perbicaraan dengan seorang yang bijak adalah lebih baik daripada sepuluh tahun menuntut ilmu.





10.) Hidup sebahagian adalah apa yang kita tentukan, dan sebahagian lagi adalah ditentukan oleh teman2 yang kita pilih.


Selamat berusaha..=)

p/s: termasuk diriku jua..

kredit kepada adriewosongo

Khamis, 10 November 2011

Inovasi gajet: Headfon + Speaker

Idea "synergy" sememangnya satu perkara yang menjadi trend pada hari ini, tidak terhad kepada produk2 rumah, pengguna, dan sebagainya ia juga diaplikasikan dalam gajet elektronik.

Penggunaan headfon, earfon dan sebagainya sudah menjadi kebiasaan kepada kita pada hari ini dalam memudahkan urusan. Tapi kadang kala kita ingin merasai suasana muzik dengan lebih bebas dan kuat dan ketika ini peranan speaker pula diperlukan.

Maka hasil inovasi daripada Lu Chieh telah berjaya menggabungkan dua fungsi audio tersebut kepada satu menggunakan mekanisme "twisting" pada earfon tersebut sehingga dapat digunakan sebagai speaker pula. Hebat sekali!











kredit kepada yankodesign.com

Selasa, 8 November 2011

7 kecanggihan zaman purba..

Arkeologi dan para pengkaji sejarah sering mendapati dan membuat tanggapan bahawa pada masa dahulu adalah tidak bertamadun disebabkan tiada teknologi.

Sebagai contoh, jika difikirkan kembali perkembangan ilmu sains dan teknologi yang 'dimulakan' oleh barat secara besar2an ketika revolusi perindustrian pada akhir kurun ke-18 berlaku sehingga sekarang hanya memakan masa 200 tahun sahaja. Tentu sahaja kemajuan yang telah dicapai dalam sesetengah tamadun yang lebih lama bertahan mempunyai perkembangan  teknologinya yang tersendiri.

Namun begitu sesetengah penemuan artifak2 purba yang menunjukkan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi pastinya menjadi tanda tanya kepada kita pada hari ini. Walaupun masih kekal misteri, berkemungkinan kemajuan yang dicapai dahulu mungkin melebihi hari ini

1.) Bateri Baghdad

Ditemui ahli arkeologi Austria, Dr Wilhem Konig yang menjalankan kerja mencarigali di daerah Khujut Rabula sekitar Baghdad. Objek yang ditemui pada 1930 ini dianggarkan berusia 2,000 hingga 5,000 tahun lalu sekaligus menolak penciptaan bateri oleh Count Alessandro Volta pada 1800 dan teori induksi elektromagnetik oleh Michael Faraday pada 1831. Apa yang menarik konsep binaan bateri yang menyerupai bateri moden ini mampu menghasilkan tenaga elektrik antara 1.5- 2.0 volt.

2.) Kalkulator kuno

Artifak mirip jam yang berusia 2,000 tahun itu dijumpai di perairan pulau Antikytera, Greece. Derek J De Solla Price, seorang pengkaji mendapati ia berfungsi sebagai kalkulator yang dapat menghitung pergerakan bintang dan planet.

3.) Reaktor Nuklear

Jika anda pernah membaca artikel saya bertajuk Bangsa sebelum Adam A.S, pasti kita dapati kemajuan bangsa yang telah dicapai dengan begitu pesat sekali. Reaktor yang berusia 2,000,000 tahun ini ditemui di Oklo di Republik Gabon, Afrika. Ditemui pada 1972, struktur lombong dan rekabentuknya didapati mampu mengekang radioaktif daripada tersebar! Sesuatu yang pasti teknologinya jauh lebih canggih daripada teknologi hari ini.

4.) Kanta Optik

Ditemui juga di Baghdad, kanta optik sebesar ibu jari ini dianggarkan berusia 2,200 tahun. Jauh berbeza dengan penciptaan kanta yang dihasilkan di Eropah pada abad ke-16.

5.) Jantung buatan

Dijumpai penyelidik Mesir pada dada kiri mumia anak lelaki di piramid Mesir. Dihasilkan kira2 5,000 tahun lalu sekaligus menunjukkan keupayaan masyarakat zaman lalu berbanding ilmu perubatan sekarang yang hanya berupaya menghasilkan jantung buatan beberapa dekat yang lalu.

6.) Robot
Dicipta pada zaman pemerintahan Maharaja Mu (976-922 SM) ketika Dinasti Zhou, aplikasi robotik ini dibina berasaskan mekanisme mekanikal dan berupaya bernyanyi dan menari seperti manusia, membawa peralatan kepada tuannya selain mempunyai organ tubuh seperti tulang, otot, sendi, kulit, dan rambut. Hasil ciptaan Ma Daifeng, selain itu juga adalah alat merekod jarak perjalanan dan aplikasi industri kilang tanpa kawalan manusia.

7.) Kenderaan

Pasti kita pernah melihat ukiran2 purba Mesir sebelum ini. Namun, yang lebih menarik ukiran2 purba di Abydos, Mesir telah menunjukkan gambar kenderaan yang wujud mirip dengan kenderaan pada hari ini. Dikatakan berusia 3,000 tahun, lukisan2 jelas kelihatan helikopter, kapal selam, bot, dan pesawat.

Corak dan gaya hidup masyarakat terdahulu bukanlah suatu manifestasi bahawa tamadun itu tidak mencapai kemajuan dalam sains dan teknologi. Apa yang pasti kebolehan mereka mengintegrasikan sains dan teknologi beserta ilmu alam menunjukkan mereka lebih praktikal dalam menjaga kelestatarian dan kehijauan bumi kita..=)

kredit kepada ariff.xinjagezx-jiwang.org

Ahad, 6 November 2011

Islam penemu Benua Amerika

Sebelum ini saya ada sampaikan perkembangan Islam di Amerika. Namun bagaimanakah pengIslaman di tanah ini berlaku? Seperti yang kita pernah pelajari pergerakan dakwah Islamiah sangat pesat sejak kerasulan junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, malah diriwayatkan sahabat baginda iaitu Saad bin Abi Waqas juga menyebarkan Islam sehingga ke negara China. 

Maka disini terdapat pemerhatian yang dilakukan oleh para pengkaji berkenaan usaha penyebaran Islam di wilayah barat atau lebih tepat lagi di benua Amerika memandangkan ia berlaku jauh lebih awal sebelum usaha2 eksplorasi yang dijalankan oleh pemerintah seperti Sepanyol, British, Belanda, dan sebagainya. Terdapat juga para geografi dan intelektual Islam yang pernah mencatat perjalanan ke benua Amerika seperti Abul- Hassan Ali Ibn Al Hussain Al Masudi (meninggal pada 957M), Al Idrisi (meninggal pada 1166M), Chihab Addin Abul Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300- 1384M), dan Ibn Battuta (meninggal pada 1369M).



Bukti dan catatan2 pelayaran adalah seperti:

1.) Terdapat orang Islam dari Afrika yang singgah di Delba (Palos) di Sepanyol ke barat dan menuju ke lautan Atlantik dan berhasil memperoleh barang2 bernilai dari tanah asing pada pemerintahan Umaiyah. -Dr. Youssef Mroueh

2.) Perjalanan navigator dari Granada bernama Ibn Farrukh yang melintasi Lautan Atlantik dan mendarat di Gando (Kepulauan Canary) sebelum melanjutkan perjalanan ke barat sehingga melihat dua pulau dan menamakannya Capraria dan Pluitana.

3.) Catatan Shaikh Zayn-eddin Ali bin Fadhel Al-Mazandarani yang mendarat di kepulauan Green di Karibia pada tahun 1291M.

4.) Catatan Chihab Addin Abul-Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari yang memerinci eksplorasi geografi ke benua Amerika ketika Timbuktu menjadi pusat peradaban dan keilmuan di Afrika. Sultan Abu Bakari I (1285-1312M) dan Sultan Mansa Kankan Musa (1312-1337M) melalui ekspedisinya telah dua kali menyusuri sungai Mississippi. Perjalanan ini diabadikan dalam peta berwarna Piri Re'isi dan dipersembahkan kepada Sultan Selim I pada 1517M.

5.) Columbus mengakui pada 21 Oktober 1492 dalam pelayarannya antara Gibara dan Pantai Kuba beliau melihat sebuah masjid dan sisa2 runtuhan ini dapat dilihat di Kuba, Mexico, Texas, dan Nevada.

6.) Dua orang nahkoda kapal pimpinan Columbus juga adalah Islam iaitu Martin Alonso Pinzon dan Vicente Yanex Pinzon yang berkeluarga dari Sultan Maroko Abuzayan Muhammad III (1362M)- Thacher, John Boyd: Christopher Colombus, New York 1950.

Columbus sebenarnya dikenali sebagai penemu benua Amerika melalui peristiwa pengusiran kaum Yahudi dari Sepanyol oleh Raja Ferdinand. Orang Yahudi mengumpul dana bagi pelayaran Columbus dan berita penemuan benua Amerika dikirim pertama kali olehnya kepada kawan2 Yahudinya di Sepanyol.

Semangat orang2 Islam untuk berdakwah dan juga semangat kerajaan China untuk mengenal lebih jauh dunia untuk meluaskan pengaruh selain tujuan perdagangan mendorong mereka menjalankan ekspedisi2 pelayaran seperti tokoh agung seperti Laksamana Cheng Ho yang direkodkan belayar sejauh 50, 000km. Maka tidak hairan jika terdapat kajian bahawa penyebaran Islam di Nusantara juga dikatakan dari China.

Laksamana Zheng He/ Cheng Ho

Walaupun demikian, laksamana laut Cheng Ho ataupun Zheng He adalah penemu benua Amerika pertama iaitu 70 tahun sebelum Columbus. Teori ini dikemukakan oleh Gavin Menzies bersama bukti2 catatan sejarah dan analisis secara kritikal seperti navigasi bintang menggunakan peta bintang Cina kuno sekaligus menolak Columbus sebagai penemu Amerika. Penjelajahannya antara 1421 dan 1423 menyusuri jalur selatan melewati Afrika dan sampai ke Amerika Selatan.



Ternyata keunggulan Islam pada zaman kegemilangannya tidak hanya tertumpu pada ilmu pengetahuan semata2. Sahutan seruan dakwah Islamiah juga menjadi pemangkin umatnya untuk terus maju dan secara tidak langsung juga dapat memakmurkan alam ciptaan tuhan tanpa mengira latar tempat mahupun masyarakat, tidak kira timur atau barat. Islam untuk semua..=)


Kredit kepada mp3-jiwang.org dan facebook page- Islam terbukti benar

Jumaat, 4 November 2011

Kapitalisme dalam Pendidikan..

Seorang bapa bertanya pada anak kecilnya "bila besar nanti nak jadi apa?" Anaknya pasti bingung kerana terlalu banyak pilihan cita2 yang ingin diberikan tetapi jawapan yang diterima oleh bapanya atau orang2 dewasa lain adalah seperti "kamu mesti pilih satu saja" walhal mungkin anaknya meminati pelbagai bidang seperti agama, ekonomi, sejarah, sains, muzik, dan seumpamanya. Hampa, kerana anak2 kecil sangat bisa untuk menyukai banyak perkara namun hasrat anak kecil itu tidak mungkin dicapai pada dunia hari ini, kenapa saya berkata sedemikian?

Kapitalisme

Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan tidak terhad. Hasilnya jurang ketara wujud di antara yang kaya dengan miskin, hal ini juga menghasilkan manusia yang berusaha pada satu jalan/bidang sahaja dalam mencapai matlamat seperti mengumpul kekayaan dan sebagainya.

Sistem kapitalis ini telah menyebabkan manusia lebih memfokuskan satu kerja dan bidang sahaja, seperti bersandarkan segulung ijazah dan sijil pada bidang yang dipelajari saja. Hal ini menyebabkan hakikat pembelajaran ilmu dalam Islam ditolak kerana lebih bersifat universal. Tidak relevan gamaknya di dunia hari ini. Hasilnya tiada alternatif dan sukar bagi seseorang untuk memajukan diri dan negara melalui cabang ilmu yang berbeza seperti ilmuan Islam terdahulu.

Jika dilihat pada zaman kegemilangan Islam yang menyaksikan keunggulan ilmu pengetahuan, sarjana2 Islam berupaya menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dari setiap sudut dan tidak hanya berpandukan satu aliran keilmuan sahaja. Contoh mudah tokoh ilmuan Islam seperti Ibnu Sina yang banyak menguasai cabang2 ilmu seperti Kedoktoran, Logik, Metafizik, Matematik, Astronomi, Psikologi, Kimia, Geologi, Tafsir, Muzik (juga dipelajari). Maka tidak hairanlah keunggulan tokoh2 ilmuan dalam tamadun Islam menjadi penyumbang kepada kebangkitan semula tamadun eropah yang gelap. Tentu sukar baginya untuk mengungguli ilmu kedoktoran dengan hanya mempelajari satu cabang ilmu sahaja.

Kepentingan Falsafah

Kebanyakan tokoh2 ilmuan Islam mempelajari falsafah dalam cabang pokok keilmuannya, tidak hairanlah banyak buku2 falsafah yunani seperti karya Aristotle, Socrates, Plato, dan sebagainya digunakan dalam rujukan mereka. Ini menunjukkan ilmu falsafah sangat penting kerana ia adalah pelajaran mengenal hakikat sesuatu perkara samada perkara pokok atau cabang2nya yakni ilmu tentang pemikiran. Itulah ilmu yang akan menggerakkan manusia supaya sentiasa maju ke hadapan, bersandarkan persoalan dan kaedah pemikiran.

Gaya pendidikan barat yang berasaskan sistem kapitalis sangat rapuh sehingga menghasilkan manusia berfikiran sempit sehingga menolak ilmu ketuhanan yang maha Esa. Falsafah pendidikan Islam hanya bersandarkan konsep "LAILAHA ILLALLAH, MUHAMMADURRASULULLAH" iaitu ilmu yang mengajak kepada keesaan Tuhan yang Maha Agung.

Sistem pendidikan pada masa kini langsung tidak menerapkan mekanisme2 falsafah dalam pengajarannya. Yang menyebabkan anak2 kecil menjadi bingung apa rasional ilmu yang dipelajarinya dalam mengejar matlamat dan masa depan hidupnya, pernahkah kita lihat remaja2 sekolah yang ponteng, malas, tidak berminat pada pelajaran. Tentu sahaja! jawapan kita terhadap perkara yang sudah menjadi kebiasaan dalam dunia hari ini. Inilah antara puncanya.

Tidaklah saya menafikan ada baiknya juga sistem sediada ini dan juga banyak menyumbang kepada kemajuan pada hari ini, semua masyarakat termasuk saya sendiri juga didedahkan kepada sistem ini namun apa yang nyata keruntuhan moral yang teruk turut berlaku akibat kekurangan unsur2 rohani yakni unsur terpenting yang membina kekuatan spiritual kita.

Itulah sebabnya peranan sistem pendidikan yang betul sangat perlu bagi melahirkan masyarakat kelas tinggi, tidak hanya menguasai satu cabang ilmu sahaja bahkan lebih dari itu melangkaui ilmu agama, falsafah, sains, sastera, dan seumpamanya. Hasil minda anak2 dibawah skim pendidikan kapitalis tidak ubah seperti robot sahaja, yang melakukan satu kerja, dan mengulang2 sahaja. Kerana itulah para pelajar mudah hilang minat dan motivasi untuk belajar.

Falsafah barat menekankan aspek kemajuan diri sendiri tanpa memanfaatkan masyarakat jauh sekali kepada yang Maha Esa, ditambah dengan ideologi kapitalisme menyebabkan perkembangan ilmu pengetahuan hanya bertunjangkan keuntungan material semata2. Berbeza dengan falsafah Islam menekankan ilmu dipelajari bertujuan supaya mendekatkan diri kepada Allah SWT, dan menuntut manusia sebagai khalifah berusaha memakmurkan alam.

"Learning without thought is labor lost; thought without learning is perilous"- Kong Fu Tze

kredit kepada zharifalimin.blogspot-------->Klik SINI

p/s: link artikel diatas sangat menarik untuk dibaca, banyak lagi pengisiannya yang dapat kita selami bersama..=)

Selasa, 1 November 2011

Tak solat tapi Berjaya..

Dalam ceramah selalu kita mendengar kalimat "sesiapa yang bertakwa kepada Allah dia akan berjaya dan dipermudahkan hidupnya".

Pernahkah kita lihat kawan2 kita yang berjaya dalam peperiksaan, mendapat anugerah keputusan cemerlang, dan mendapat pekerjaan yang baik sedangkan kita walaupun sudah berusaha dengan bersungguh2 tetapi hasilnya mengecewakan.

Sering kita lihat ada rakan kita yang bukan Islam lebih berjaya berbanding kita bahkan kita sendiri tertindas dalam kehidupan yang sempit dan derita.

Sampaikan terkadang terdetik dalam hati dengan kata2 "dia tak solat, buat maksiat lagi tapi berjaya dalam peperiksaaan. Betul ke solat bawa kejayaan?"..Nauzubillah

Istidraj

Apakah makna istidraj?

Ia adalah satu kalimah yang menunjukkan seseorang itu terus dilimpahkan rezeki dan keupayaan melimpah ruah dalam kehidupannya walhal ia munafik,kafir, dan sebagainya.

Ia sebenarnya adalah harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah, dan segala kejayaan kepada manusia kurniaan oleh Allah bertujuan supaya manusia lebih jauh dari-Nya!

Golongan2 ini selalunya tidak berusaha menjalankan Islam dalam kehidupan mahupun untuk mendekati diri kepada Allah SWT, sangat mudah dilihat pada hari ini.

Contoh mudah ada pada Qarun, siapa tidak kenal Qarun, yang memiliki harta yang tersangat banyak seperti dinyatakan di dalam Al- Quran namun apabila diingatkan oleh Nabi Musa A.S akan rezeki2 adalah kurniaan Allah. Dengan angkuh dijawabnya "tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku".

Semakin jauh dia dari Allah walaupun kekayaan melimpah ruah berbanding kaum nabi Musa A.S yang miskin dan hamba kerana ketinggian "ilmu" yang dimiliki Qarun. Dan "ilmu" itulah yang dibawanya sekali ketika ditenggelamkan Allah ke dalam bumi beserta seluruh hartanya.

Janganlah gusar jika tidak berjaya, peluang masih ada. Jaga hubungan dengan Allah adalah perkara paling penting yang perlu dititikkan, insyaAllah segala apa yang mendatang kita mampu melaluinya.

Diceritakan dua nelayan, seorang menyembah berhala manakala seorang lagi muslim yang taat kepada Allah SWT. Ketika menebar jala, penyembah berhala menyebut nama berhalanya manakala yang muslim membaca Bismillah. Bila jala diangkat, banyak ikan diperoleh penyembah berhala tetapi hampir sahaja tiada ikan bagi orang muslim itu.

Bertanya kepada Allah akan Malaikat diatas kejadian itu "Ya Allah, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, Kau berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hamba yang menyebut namaMu, Kau tidak memberikan dia apa2".

Allah menjawab "Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti Neraka. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadanya? Tetapi hambaKu yang beriman itu, Aku hendak mengganjarkannya Syurga, maka aku suka mengujinya untuk melihat kebenaran imannya."

Setiap apa yang berlaku di dunia ini adalah ujian baik berupa kesenangan atau sebaliknya. Allah menguji hanya untuk mereka dikasihi seperti firman Allah,

"Apakah kamu mengira Kami akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?.."

Gagal sekali bukanlah bermakna selamanya, yang penting kita berusaha selagi hayat dikandung badan. Segalanya akan diperkira oleh Allah diakhir nanti, bersangka baiklah kita kepada satu2nya penolong kita.

Sebenarnya, bila kita menghadapi ujian, bersyukurlah kerana itu tanda Allah masih lagi dekat dengan kita dan itu adalh tanda kasih sayang-Nya pada kita.

Sentiasalah bermuhasabah diri akan dosa2 kita dan hubungan kita dengan Allah SWT.

Sesungguhnya Allah sangat suka menguji hamba2-Nya yang beriman...=)

kredit kepada @kewek-jiwang.org