Khas buat pembaca

Ribuan terima kasih diucapkan kepada setiap pengunjung blog ini yang sudi bersama2 melihat artikel yang saya postkan.

Segala penulisan saya di dalam blog ini adalah berdasarkan pengolahan dari pembacaan saya merangkumi blog,buku,jurnal,dll bertujuan untuk berkongsi ilmu kepada semua.

Pandangan dan cadangan daripada anda amat saya hargai supaya kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. =)

Selasa, 27 September 2011

Tabiat buruk..

Setiap orang ada habitnya yang tersendiri kan.
Tak kisah samada baik ke buruk ke, bagi aku itu yang sedikit sebanyak membentuk identiti kita.


Aku?
Yang aku perasan bad habit aku banyak, tapi better aku bagi dua yang penting je.


Firstly maybe a gud habit, aku seorang yang cukup tak senang tengok orang habis makan. Konpem aku akan 'tolong' habiskan, tak kira samada member, mak, abang, dan lain2.

Even dah keje part time kat kedai makan pun habit tu tak dapat aku buang, makanan mesti dihabiskan.
Tapi nak makan tu pandai2 la amik mana yang elok ke tak elok. 
Lagipun yang eloknya aku nampak sebab aku dah mengelakkan pembaziran. heh


Secondly, bad habit yang cukup susah nak hilangkan. Malas dengan segala2nya.

Bangun pagi aku cukup malas nak bangun, kalau malas tahap gila memang sampai ke petang.
Pegi kelas aku cukup susah nak gerak, kekadang memonteng je memanjang.
Nak masuk keje memang takleh masuk awal, paling koman mesti setengah jam.
Balik keje memang nak awal2, kalau leh keje separuh hari pun bagus.


Itulah salah satu sebabnya kekadang aku malas nak ber'blogging', malas nak fikir idea.
Dan tu lah yang sangat merisaukan aku yang nak masuk alam pekerjaan ni. 

Haisshhh...


p/s: walaupon aku makan banyak, tapi xpenah pun gemok..Nice

Ber'BLOG'ing...

Aku selalu je tengok2 blog orang lain yang femes, kebanyakannya parodi- type. Blog jenis ni memang ramai follower sebab kandungan yang ditulis menarik dan penuh ngan humor.


Dalam ber'blog'ing kebanyakannya memfokuskan idea bagi menarik lebih banyak orang supaya mengikuti perkembangan dalam blognya.

Dan ada juga yang menulis blog sekadar berminat untuk berkongsi idea2 dan memberikan pendapat peribadi.



Dan itulah yang aku lakukan pada blog ni, bagi aku apa yang penting segala apa yang aku sampaikan adalah ringkas dan padat. Nak cerita banyak2 kang jenuh lak, aku pun tak larat nak tulis panjang2 walaupun sesetengah post yang aku tulis agak berat kandungannya..



Senang cerita, semuanya atas pandangan masing2.




Setiap orang ada cara berfikir yang tersendiri..heh


Sabtu, 24 September 2011

Meng'impian'kan hidup..

Seperti dulu aku bagitau (pernah ke?) salah satu dari impian aku adalah nak menjadi seorang pereka cipta, tak kisah la reka apa2 pun asalkan bermanfaat untuk semua orang.

Ini adalah satu kelebihan memandangkan jurusan yang telah aku ambik adalah Mekatronik.
Senang citer gabungan antara Elektrikal + Mekanikal + Software + Control  + dll bidang Engineering, maknanya memang complete untuk menghasilkan satu sistem kejuruteraan.

Dalam surat kabor yang aku baca dalam 2 hari lepas, terbaca Prof. Ungku Aziz (Pak Ungku) bagitau kebanyakan orang Malaysia hanya suka baca buku2 sekadar nak lulus periksa.

Dan itu la yang terjadi pada diri aku, belajar tak pandai2
hasilnya nak sambung niat untuk mereka2 cipta tergendala.
Kena la studi balik apa yang pernah dipelajari dulu.

Bottom line, dunia sekarang pun bukannya semudah yang disangka.
Tujuan hidup semua orang sekarang pun lebih kurang sama je, tak lain tak bukan nak carik harta.

Itu la tujuan  hidup aku sekarang, dan niat sebelum ni jadi hal nombor 2.
Yang penting bagi aku, dapatkan kerja yang kita minat.
Itu je yang dapat asimilasikan niat kita supaya selarikan dengan kerjaya.

Carik la kerja yang kita minat dan berkaitan dengan apa kita pelajari.

InsyaAllah berjaya..

p/s: wlaupun aku tak dapat keje lagi.. LOL

Khamis, 22 September 2011

Pemahaman dalam keimanan..

#Kandungan posting ni agak berat, leh memberikan kesan 'makan dalam'

Kebiasaan orang2 lain akan bagi pendapat yang sama pada aku:

"Bit, ko kalau nak blajo/ faham agama2 lain seeloknya fahamkan la dlu agama kita sendiri"

itu adalah ayat standard aku dapat bila member2 tahu yang aku berminat dalam mengkaji perbandingan2 dalam agama..


aku tak salahkan sesiapa pun, setiap orang ada pandangan yang tersendiri. Mungkin mereka merasakan kalau2 iman tak kuat nanti lain pulak jadinya, silap2 kita terpengaruh dengan agama lain. Nauzubillah..

bagi aku ada benarnya kita kuatkan pemahaman dalam agama kita sendiri dulu supaya kita mendapat hujah/ dalil yang dapat digunakan bagi mengelakkan diri kita dari tersesat. Tapi sampai bila?

Jika kita lihat pada situasi di negara kita pada hari ini dan dunia amnya ketegangan antara agama kerap tercetus, sikap saling prejudis di antara agama amat menebal di kalangan masyarakat kita sehinggakan kita mengambil jalan menutup pintu melakukan perbincangan di antara agama.

Jika kita lihat juga pada hari ini ramai saudara2 baru memeluk Islam, tidak kurang juga sebaliknya ramai juga yang murtad. Mengapa hal ini berlaku? Di negara kita banyak cerita bagaimana perjalanan seorang hamba Allah yang diberi hidayah supaya memeluk Islam, tapi pernah tak kita dengar cerita dari pihak yang sebaliknya.

Aku pernah terbaca kisah2 orang yang murtad dan bagaimana dia mengatakan dirinya mendapat 'ketenangan' hati. Apa pula reaksi kita?

Kita selalu mengatakan bahawa 'Bible' yang ada sekarang adalah tidak tulen dan mengandungi banyak kesalahan, tapi adakah kita dapat membuktikannya. Bagaimana pula kalau kita dibalas balik dengan cara yang sama.


Point aku disini,
kalau kita nak orang ikut kita dengan cara yang baik
kita kena bagi kefahaman tentang apa yang mereka lakukan tu dulu, bagi justifikasi dari sisi agama mereka dan baru la menerangkannya dalam konteks Islam.

kalau secara membabi buta je kata mereka salah, konpem la kena maki balik..
yang lagi penting, jika datang seorang pendakwah Kristian ingin mengajak kita mengikuti ajarannya, apa reaksi/ cara kita dalam men'counter' balik supaya kita pula dapat mendakwahnya ke jalan yang betul.

Itulah sebabnya aku ambil keputusan untuk memahami asas dasar keimanan agama lain..

Dan TIDAK sekali2 aku akan berpaling dari kebenaran. Hanyalah Islam agama yang sebenar2nya BENAR..

Mencari kebenaran..

# Mungkin posting aku kali ini berat sikit pemahamannya, dan permulaan perkongsian kajian2 aku terhadap agama..

Salah satu dari titik penting dalam fasa hidup aku adalah dengan secara tetiba aku tertarik untuk mengkaji agama..

Pastinya korang kenal dengan tokoh2 yang terlibat dalam perbincangan berkaitan ilmu agama seperti Ahmed Deedat, Dr.Zakir Naik, dan sebagainya. Bagi aku ini adalah salah satu ilmu terpenting untuk kita memahami masalah2 yang berlaku di dunia sekarang.

Aku sendiri pernah berbincang dengan member2 aku yang bukan Islam berkaitan agama, terutamanya Kristian sebab hubungan agamanya adalah dekat dengan Islam yang mana dalam al- Quran menyatakan mereka adalah golongan ahli kitab. Kebiasaannya soal pokok seperti akidah yang selalu aku bincangkan dengan member aku dan dorang pun bersifat terbuka kalau aku bincangkan hal ni.

Suka aku ingatkan niat aku berbincang pasal agama bukanlah bertujuan untuk meng'kondem' dorang, niat aku semata2 supaya aku lebih memahami apa yang disampaikan dalam ajaran2 agama lain supaya tak timbul salah faham disebabkan sifat prejudis antara agama yang semakin menebal.
Dan sememangnya niat untuk mendakwah itu ada tapi belum sampai masa lagi sebab banyak lagi yang perlu aku pelajari.

Ah! terlupa pula satu perkara yang paling/sangat penting..
Semua ilmu2 yang aku pelajari telah membawa aku kepada satu kesimpulan yang sama.
itulah masalah akhir zaman yakni waktu yang sangat kritikal kepada kita umat Islam, yang berada di zaman penuh dengan fitnah.

Semoga kita semua tidak lalai dalam menghadapi hidup kita, dan semoga kita diberi petunjuk oleh Allah..


p/s: InsyaAllah pasni akan mnyusul posting2 aku berkaitan perbincangan agama, aku akan cuba buat seringkas yang patut. Baca byk2 kang pening lak..

Rabu, 21 September 2011

Tak serupa bikin..

Aku cilok ayat2 ni dari fesbuk SOKERNET..

tahukah anda,

Kata Imam Hasan al-Basri, "Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Dan jika perkara itu berlaku, maka akan jadi sikitlah orang yang akan memberi peringatan."

pahamkan makna2 ayat tersebut..
senang citer kita mesti la saling ingat mengingati dan tegur menegur antara satu sama lain..


tapi bagi aku yang menjadi satu masalah (bukan kondem ayat atas)..


bila ada orang yang muka tak sedar diri asyik buat salah yang sama walaupun dah diingat beriban..
bila kita yang buat salah (lebih kurang cam die jugak), punya la melenting cam pe tah.
kalau bagitau dia pun 2 kali 5 dia kata kita mengungkit..lol


agak2 ape la nk counter org macam ni yek..
kata2 ni dituju khas kepada otai2 politik di negara aku yg sgt makmur ni..tetiba rasa nak bersuara lak..


Salam keMerdekaan yg ke- 54
but wait, are we ever being colonized? 


macam2 hal..tido lagi baik

Cheritera..

Memalam bute camni kebiasaannya aku akan mengadap komputer dan bukak pape je yang dirasakan best dalam internet dari baca berita sampai la ke cerita2 mengarut yang menggelapkan hati dan mencucikan mata..(ok aku gurau je..)

So kebiasaan aku akan jumpa topik2 bes untuk aku kongsikan kat orang2 yang 'bakal' melawat blog aku yang tak seberapa ni..

Malangnya...

aku..


       aku..


               aku..







aku MALAS la nk selalu update blog ni..adoyai...

sekian terima kasih

Selasa, 20 September 2011

Bersama anggur..

Masuk hari ni dah dekat sebulan aku lepak2 kat rumah lepas je habis final exam terakhir aku. Rupanya takde la best sangat kalau ada masa free je 24 jam;

makan,tido,toilet,tido (rotate smpai esok), boleh berkarat otak aku. Kalau ada kat kampus dulu boleh jugak aku lepak2 dengan member2 ke,g jalan pusing2 bandar ke leh hilang gak ke'kronik'kan sakit kepala. Dan tidak lupa ketika berada bersama si dia..


Maka dengan tu aku telah mengambil keputusan yang sangat genius, iaitu mencari keje bagi mengisi masa lapangku.

Dengan mengambil masa kurang dari satu jam round2 di bandar hometown berhasil la aku dapat keje di satu kedai makan yang femes, keje sebagai pengambil order atau "service-krew" yang bermula 10.30am sampai 6.30pm (kalo OT smpai 12.00am).
Sepanjang bekerja kat tempat ni macam2 mende "simple" aku belajar,
haha malas la nak belajar lebih2 kang bertambah lak beban aku.

Camnepun, kerja2 camni la yang buat aku kenal bermacam2 ragam manusia tak kira dari adik kecik sampai ke tahap tua bangka (staf2 pn sme) yang spesis nak menyusahkan keje.
Semua kepala nak ikut sedap je..

Hopefully keje sementara aku akan bertahan 1 bulan.. Haipp!!

Lebaran graduan..mod Skema

Hmm..last skali aku post pada 24 Jun lepas.Haha,sekali lagi aku malas dalam meng'update'kan blog. Sememangnya kalau nak jadi blogger tegar ni bukannya senang,nak2 kalau ada komitmen lain cam kerja.

Cakap pasal kerja untuk graduan yang baru je habis exam ni memang cukup penting,yalah dengan beban hutang PTPTN lagi yang perlu dibayar konpem semua member2 aku rungsing nak cari jalan untuk setelkan.

So,the things that I wants to discuss is bersempena bulan yang bakal menjelang lepas je ramadan yang diberkati pergi iaitu bulan syawal yang dirai. Seluruh umat Islam bakal menyambut hari lebaran ini, tapi!!!


..disebalik hari mulia ni aku sedih sangat ramai yang masih tak berkemampuan nak beraya dengan sempurna. Jangan dibandingkan di tanah air cuba kita tengokdi negara2 yang mengalami peperangan saudara cam Somalia, Sudan, Libya dan lain2 bukan setakat nak puasa, nak makan pun belum tentu dapat.

Masalah ekonomi yang melanda dunia sekarang pun makin parah terutamanya di AS dan Eropah secara tidak langsung akan memudaratkan lagi keadaan ekonomi di negara2 dunia ketiga.


Walau camnepun,kita patut bersyukur sebab kerajaan negara kita proaktif dalam menangani masalah2 rakyat (wlaupn aku xpro k'jaan pn & smemangnya tggungjwb dorang dlm hal ni) terutamanya dari sudut ekonomi dan sosial. Kita pun masih lagi ada duit nak makan KFC,McD, dan lain2.So,kesimpulannya jangan la berbelanja macam esok nak kiamat ye.

Last but not least,tujuan aku berblogging pasni adalah untuk kongsi dengan orang lain (dan utk igt diri aku sdiri) pasal pengalaman2 yg aku dah lalui sepanjang aku bergelar student sampai aku dah keje nanti.

Hopefully ade la apa2 yg boleh aku sampaikan kat orang yg baca blog ni..heh


p/s: aku lupe nk post tajuk ni masa raye,baru je perasan (mujur raya xabih lgi,keh keh keh)