Khas buat pembaca

Ribuan terima kasih diucapkan kepada setiap pengunjung blog ini yang sudi bersama2 melihat artikel yang saya postkan.

Segala penulisan saya di dalam blog ini adalah berdasarkan pengolahan dari pembacaan saya merangkumi blog,buku,jurnal,dll bertujuan untuk berkongsi ilmu kepada semua.

Pandangan dan cadangan daripada anda amat saya hargai supaya kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. =)

Sabtu, 29 Oktober 2011

Bangsa sebelum Adam A.S

Berdasarkan kajian yang saya lakukan terdapat pandangan mengenai tarikh Nabi Adam A.S diturunkan yang menunjukkan ia adalah dalam jangkamasa kira2 10,000 tahun dahulu atau bersamaan 8000 Sebelum Masihi.

Namun jika dilihat pada kehidupan manusia pada awalnya mengikut buku sejarah yang kita pelajari (contohnya rujukan buku sejarah sekolah menengah),peradaban manusia terdiri adalah melalui 4 peringkat iaitu:

1.)Paleolitik----->50,000-100,000 Sebelum Masihi
2.)Mesolitik------>20,000-9,500 Sebelum Masihi
3.)Neolitik------->9,500-3,500 Sebelum Masihi
4.)Logam---------->2,000-800 Sebelum Masihi

Daripada hal ni kita akan dapati terdapat 'manusia' lain yang wujud sebelum nabi Adam A.S

Ini berdasarkan rasional mengenai kajian yang dibuat oleh cendikiawan Islam- Muhammad Isa Dawud melalui bukunya "Siapa penghuni Bumi sebelum manusia" mengatakan terdapat hidupan lain yang berakal sebelum Adam A.S dicipta.

Rasional beliau adalah bersandarkan Al-Quran:

"Ketika Allah berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya." (2: 30)

Point di sini terdapat persoalan dari Malaikat akan penciptaan makhluk yang akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah kelak.Malaikat adalah salah satu makhluk mulia diciptakan oleh Allah tetapi tidak mengetahui perkara2 ghaib,namun mengapakah malaikat mempersoalkan hal ini sedangkan mereka masih belum melihat manusia menjadi khalifah di muka bumi?

Penyataan ini menjadi bukti bahawa sebelum Adam A.S diturunkan terdapat 'manusia' atau dengan kata lain bangsa yang wujud dimuka bumi ini yakni sebagai khalifah namun dipupuskan oleh Allah atas sebab tertentu.

Rujukan dalam Taurat Kuno juga ada mengisahkan kaum Nabi Musa A.S yang melihat gambaran2 aneh mengenai peradaban yang tinggi di dasar Sungai Nil.Muhammad Isa Dawud menjelaskan:

Nabi Adam telah turun ke bumi sejak berjuta-juta tahun yang dahulu dan sebelum turunnya Adam, bumi telah dihuni oleh makhluk mukallaf yang juga diturunkan syariat agama iatu Jin. Bangsa Jin telah membangunkan peradaban-peradaban yang moden sehingga menuntut mereka engkar terhadap seruan Allah. Mereka (Jin) bertelagah sesama sendiri sehingga terjadinya ledakan atom yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban mereka.

Kemudian Adam diturunkan dan dalam masa yang sama Allah memperkenankan doa para Jin yang mahukan diri mereka tidak dapat dilihat oleh manusia. Maka Muhammad Isa Dawud ingin memahamkan kita peradaban yang maju yang tersisa hingga sekarang itu ialah peninggalan bangsa Jin kerana hanya golongan jin yang dapat terbang ke langit, hidup di lautan dan berlari sepantas kilat.

Rumusan beliau bangsa sebelum itu dikenali sebagai jin ada kebenarannya berdasarkan kadar kemajuan manusia generasi Adam A.S yang mencapai kemodenan seperti pada hari ini dalam jangkamasa kurang dari dari 10,000 tahun.

Jika dilihat pada kemajuan bangsa jin yang jauh lebih lama memulakan peradaban sudah tentu mereka memiliki kepandaian yang jauh lebih tinggi!

Nyatalah mereka juga menerima seruan supaya tunduk kepada yang maha Esa seperti kita sesuai dengan firman Allah dalam surah Az-Zariyat:

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku."

Di sinilah wujud kepincangan dengan dunia barat dimana ilmu berkenaan wahyu ditolak sekaligus ilmu barat seperti teori Darwin dipakai menyebabkan asal usul manusia menjadi semakin membingungkan.Inilah faktor penting dimana agama tidak boleh dipisahkan dengan mana2 cabang ilmu yang kita pelajari.Hal ini tidak berlaku di dunia barat yang turut mensekularkan ilmu.

Mutakhir ini peranan manusia sebagai khalifah semakin rosak disebabkan kita semakin lari dari agama.Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita supaya terselamat dari pesongan2 yang membawa kita kepada kesesatan.Inilah tujuan sejarah dipelajari supaya kita dapat memahami hakikat ketuhanan yang Maha Esa. =)

kredit kepada MizalMikael.blogspot

12 ulasan:

  1. betul juga tu... mengikut pembacaan aku sekarang teori darwin sudahpun mula di tolak oleh saintis2 barat...

    BalasPadam
  2. bukti2 sains sendiri pun menolak teori darwin ni,lagi jauh dibandingkan ilmu wahyu yang diyakini betul tapi ditolak barat pula. =(

    BalasPadam
  3. zaman neoitik,, mesolitik, semua tu x wujud.... mitos barat jer,,, diorang ckap mse zaman paleolitik tu MANUSIA hidup brpindah randah,,tiade ptemptan kekal... sedangkan manusia pertama, nabi adam a.s dah bijak dlm pelbagai bidang,,, bijak membina tamadun,,,,,

    BalasPadam
  4. Pendapat saya,kajian daripada barat bukanlah salah sepenuhnya tapi hanya bersandar logik semata2. Ujikaji rangka yang dianalisis memang dapat menentukan jangka hayat hingga mencecah ribuan tahun, tapi konklusi dan hipotesis mereka hanya berasaskan andaian sahaja tanpa perkaitan agama seperti menyimpulkan ketamadunan manusia berasaskan evolusi.

    BalasPadam
  5. kadang-kadang saya selalu terfikir, bila dah kiamat dan semua manusia telah dihitung dosa pahala masing2, lepas tu apa terjadi? adakah turunnye seorang lagi 'Adam'?....adakah rantaian manusia dari Adam hingga kiamat akan berulang-ulang?.....Hanya Allah sahaja yg tahu!

    BalasPadam
  6. Untuk semua: Kalau nak kata tak wujud zaman peleolitik, mesolitik dan lain lain tak boleh gak walaupun pada asalnya aku menyangkal perkara itu.

    Memang Nabi Adam itu turun dengan ilmu sekalian alam. Tapi harus kita tahu bahawa dalam al-quran ada menyatakan manusia itu bodoh dan sombong. Bila sampai tahap manusia itu bodoh dan sombong, maka sekalian perkara juga mungkin akan dilupakan.

    Maka, mereka mungkin akan menjadi ketidak tamadunan setelah terlalu ghairah akan sesuatu perkara. Banyak lagi yang perlu dikaji dan diambil tahu. Sebagai contoh, sila semak al-quran mengenai yakjuj dan makjuj. hanya ada dua perkara saja dalam al-quran menyatakan mengenainya.

    salah satu adalah mengenai tembok yang menghalang keganasan yakjuj makjuj. tembok itu telah dibina tapi sekarang di manakah tembok itu? tidak terfikirkah bahawa suatu masa dahulu juga mempunyai teknologi yang menjangkaui zaman?

    sesuatu peradaban itu juga akan dihancurkan oleh allah setelah umatnya lupa akan-Nya.

    senang kata, bukan makhluk jin saja yang maju pada suatu ketika dahulu. banyak lagi contoh bangsa-bangsa terdahulu yang maju. baca dan fahami kitab peperangan hamurabi kalau tak silap.

    perbetulkan jika ada kilaf.

    Unknown: Selepas kiamat, adalah akhirat. Alam kekal abadi. Manusia dihisab. Dihitung amalannya. Dianugerahkan syurga pada amalan baiknya. Neraka pada amalan mungkar. Tiada rantaian itu kelak. Perbanyakkan baca al-quran dan fahami isi kandungannya. serta sunnah nabi.

    Bit: 10 000 tahun turunnya Adam itu bukan jangka yang pasti bukan? sebab pada kajian aku bersama tiga rakan lain bersependapat bahawa setiap nabi akan membawa satu zaman. dan zaman itu memakan ribuan tahun. Lihat saja zaman nabi muhamad, sudah beribu tahun. begitu juga pada zaman zaman nabi yang terdahulu. maka, dalam tempoh masa ribuan tahun itu, pastinya ada tamadun yang cemerlang.

    P/s: Kaji pada teknologi dapat melihat jangka masa dan tempoh peradaban mereka.

    BalasPadam
  7. thaqibzaki,Terima kasih atas komen yang menarik..=)
    jawapan saya agak panjang jadi sila rujuk pada link berikut:

    http://bit-5.blogspot.com/2011/12/ulasan-komen-bangsa-sebelum-adam-as.html

    BalasPadam
  8. kalau nk kata wujud zaman paleolitik semua tu... habis tu zaman sape..sedangkan rangtaina nabi2 adam, idris, nuh, hud n seterusnya.. para nabi ni la kita leh tahu proses dari tahun ke tahun... n kalau paleolitik n mesolitik semua tu wujud..dengan x berpakaian n tinggal dlm gua.. x kan tu semua dari golongan kaum2 para nabi ni.,n bila kita tgk yg penemuan arkeologi semua tu...tu manusia mana pula??? zaman bilakan itu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaman itu adalah dr generasi manusia sebelum adam yg telah melalui kemajuan sama seperti kita generasi adam tetapi kemudian dibinasakan... ini antara jwpn secara keseluruhan sy berkaitan amnesia, jin dan generasi manusia sblm adam..

      1) Firman allah "Ketika Allah berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya." (2: 30)
      Ayat di atas jelas menggunakan istilah "orang yg membuat kerosakan" bukan "makhluk yg membuat kerosakan" . Jika makhluk maka bermacam2 jenis makhluk boleh kita andaikan tp istilah "orang" jelas ianya bangsa manusia. Kemudian ayat "menumpahkan darah". Fahami ayat ini dari hakikat makhluk itu sendiri. Yang berdarah hanyalah bangsa manusia bukan jin. Jin dijadikan dr api yg tidak mempunyai jisim&mustahil mempunyai darah kerana darah itu juga adalah jisim.

      2) fahami pula ayat ini..
      "Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain. "
      Qs.Al-An'am: 6

      Istilah "generasi" ini adalah merujuk pada generasi2 manusia sblm nabi adam ini kerana al quran akan merujuk bangsa manusia adam dengan istilah "kaum" bukan "generasi" spt kaum nabi luth, kaum aad, kaum quraish, kaum bani israel. Al quran tidak akan menggunakan generasi aad dan lain2 dan ini jelas menunjukkan istilah "generasi" adalah bangsa2 manusia yg sblm nabi adam. Ayat "kami binasakan mereka" ini juga tidak releven dgn bangsa jin kerana mereka masih wujud sehingga sekarang. Maka ini merujuk pd generasi manusia sebelum adam yg dibinasakan di atas muka bumi ini dan diwujudkan pula generasi manusia yg lain. Generasi manusia sebelum adam juga bukan satu generasi sahaja tetapi banyak rujuk ayat " Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka" bermakna banyak generasi manusia sblm adam pernah menjadi khalifah. Berapakah generasi manusia ini?? Rujuk pula kisah rasulullah semasa peristiwa israk mikraj dimana semasa di angkat ke langit ke tujuh, baginda telah melihat seorang tua bongkok tiga, jibrail menyatakan itulah usia bumi ketika ini. Jika dilihat dr usia org tua bongkok tiga maka fasa generasi yg telah dilalui ialah anak- cucu-cicit-piut. Jika ditafsirkan dr sudut generasi ini maka kemungkinan generasi manusia adalah sebanyak 4 generasi (yg penting ianya lebih dr 2 kerana istilah "beberapa generasi" sendiri bermaksud byk).

      Padam
  9. bagi saya zaman2 purba (Paleo-Meso-Neo-dan logam) itu wujud, bukti dari penemuan arkeologi menjadi sandaran kewujudan bangsa tersebut..itu tak dinafikan namun bangsa yang hidup dimuka bumi ketika itu bukanlah dari bangsa Adam A.S..

    BalasPadam
  10. salam....jika si penemu teori darwin mengenal alquran pasti dia malu untuk syiar kan teori darwin....memang dia betul juga...berujuk ke manusia purba seperti javanicus erectus atau megantropus erectus tapi itu smua makhluk sebelum adam....yg di ciptakan tuhan belum mengenal allah....makanya lah malaikat pernah mengatakan makhluk sebelum adam hanya merebut tahta dan menumpahkan darah...karena belum ada unsur ruh allah di kolbu nya...sedangkan adam ditiupkan sebagian ruh ku kepada adam..maka sujudlah smua malaikat kecuali iblis....wassalam

    BalasPadam
  11. Sy tak bersetuju dgn pendapat admin bahawa manusia sebelum adam adalah jin. Fahami betul2 ayat2 ini.