Khas buat pembaca

Ribuan terima kasih diucapkan kepada setiap pengunjung blog ini yang sudi bersama2 melihat artikel yang saya postkan.

Segala penulisan saya di dalam blog ini adalah berdasarkan pengolahan dari pembacaan saya merangkumi blog,buku,jurnal,dll bertujuan untuk berkongsi ilmu kepada semua.

Pandangan dan cadangan daripada anda amat saya hargai supaya kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. =)

Isnin, 31 Oktober 2011

Alhamdulillah..

Alhamdulillah,rasa terkejut/teruja/terharu sebab baru sahaja mendapat status Gliterrati.

Walaupun aku dikira masih baru dalam dunia berbloging, dapat naik kepada status ini sememangnya satu perkara yang sangat menggembirakan bagi aku.


Niat aku buka akaun Nuffnang sebab aku ada terbaca review dari otai blog yang kata Nuffnang suka bagi peluang kepada blogger, dan aku dah nampak hasilnya. Di samping aku berkongsi ilmu dan info ngan rakan blog best jugak kalau boleh buat side income berdasarkan iklan. Syok jugak..hehehe



Walau camnepun sedih sebab tidak dapat join Chatime Publika walaupun sudah diberikan voucher oleh pihak Nuffnang. Aku tinggal kat Terengganu, jadi susah nak pergi ke sana sebab banyak kesulitan. InsyaAllah kalau ada rezeki boleh la aku berkunjung kalau2 ada event lain yang mendatang.


Banyak kelebihan aku dapat gunakan seperti berjumpa dan berkenalan dengan blogger (Nuffnanger) lain, dapat makan lebih lagi lak tu (beli 2 percuma 1).


Cerita aku perasan aku naik level jadi Gliterrati bermula bila aku baru je update blog, nak tukar update kepada weekly pasal internet lembab je bikin tak semangat lak.

Rupanya ada hikmah di sebalik semua ni, status baru ni dah buat aku semakin bersemangat nak berupdate semula..haipppp..=)

5 Ciptaan Hebat Berinspirasikan Alam

Banyak rekaan2 dan ciptaan yang dibuat oleh manusia hanya melalui pemerhatian mereka terhadap alam. Tidak kira rekaan itu statik seperti bangunan ataupun sebaliknya. Percaya atau tidak penyesaian masalah2 seperti mekanikal seperti rekaan produk banyak juga dapat diatasi dengan inovasi berasaskan alam. Disini saya senaraikan 5 ciptaan hebat yang diinspirasikan dari alam ciptaan Yang Maha Esa.

1.)Keretapi Peluru Jepun



Keretapi peluru yang banyak digunakan di Jepun merentasi Tokyo dan Hakata ini dapat beroperasi pada kelajuan 300km/j pada masa biasa dan maksimum (ujian masa) boleh mencecah 500++km/j. 'Shinkansen' yang dibina ini diinspirasikan dari dua jenis binatang iaitu berdasarkan bulu pada Burung Hantu yang mengurangkan rintangan udara dan bunyi dan juga Burung Raja Udang yang menginspirasikan bentuk paruhnya dalam rekaan depan keretapi yang aerodinamik dan turut menyelesaikan masalah pencemaran bunyi.

2.)Kereta bionik konsep dari Mercedes



Keunikannya terletak pada penampilannya dan juga bentuknya yang diinspirasikan dari Ikan Buntal.Bentuknya mengurangkan kadar seretan dan meningkatkan ketahanan kereta tersebut. Ditambah dengan teknologi termaju kereta ini juga mampu mengurangkan pelepasan gas nitrogen oksida sehingga 80% dan menjimatkan minyak sehingga 20%.

3.)Sayap kapal terbang



Sememangnya diketahui asas kepada ciptaan ini adalah merujuk sayap burung yang mengaplikasikannya kepada rekaan dan analisis teori aerodinamik. Struktur sempurna burung seperti tulang yang ringan, otot yang kuat, susunan tulang, dan sayap aerodinamik memudahkan hidupan ini menjadi berkuasa di udara. Maka tidak hairan pereka mengambil contoh ciptaan dari tuhan untuk kegunaan di angkasa. Inspirasinya dimulakan oleh adik beradik Wright menjadikan sayap Burung Hering sebagai model terhadap rekaan kapal terbang mereka.

4.)Bilah turbin



Mengkagumkan jika melihat Ikan Paus yang begitu besar dapat bergerak dengan mudah di dalam laut, hanya dengan menggunakan sirip dan struktur bengkakan kecil (tubercules) terletak pada pinggir hujungnya memudahkannya menujah di dalam arus laut yang dalam. Hasil analisis pada saluran angin dengan menggunakan aplikasi sirip bengkok dan bengkakan kecil ikan paus pada bilah turbin dapat mengurangkan seretan sehingga 32% dan meningkatkan daya angkatan bertambah sebanyak 40%.

5.)Alat bantu dengar



Pasti terperanjat jika dikatakan revolusi dalam alat bantu dengar ini bermula hanya dengan bantuan dari seekor binatang kecil yang kurang diminati bergelar Lalat. Kajian oleh Universiti Maryland menunjukkan 'jambatan' protein yang menghubungi gegendang2 telinganya nyata mampu membuatkan ia mengenalpasti perbezaan pada nada yang rendah dan menerima serta menguatkan isyarat yang jauh lebih baik dari biasa sehingga 8 kali berbanding alat bantu dengar biasa!

Pastinya kita tidak dapat menandingi ciptaan yang Maha Kuasa yang begitu sempurna. Namun Dia sentiasa memberi petunjuk tentang kebesaran-Nya dalam memberi ilham kepada manusia berdasarkan ciptaan yang agung ini. =)

kredit kepada greenbuzz.net

Sabtu, 29 Oktober 2011

Bangsa sebelum Adam A.S

Berdasarkan kajian yang saya lakukan terdapat pandangan mengenai tarikh Nabi Adam A.S diturunkan yang menunjukkan ia adalah dalam jangkamasa kira2 10,000 tahun dahulu atau bersamaan 8000 Sebelum Masihi.

Namun jika dilihat pada kehidupan manusia pada awalnya mengikut buku sejarah yang kita pelajari (contohnya rujukan buku sejarah sekolah menengah),peradaban manusia terdiri adalah melalui 4 peringkat iaitu:

1.)Paleolitik----->50,000-100,000 Sebelum Masihi
2.)Mesolitik------>20,000-9,500 Sebelum Masihi
3.)Neolitik------->9,500-3,500 Sebelum Masihi
4.)Logam---------->2,000-800 Sebelum Masihi

Daripada hal ni kita akan dapati terdapat 'manusia' lain yang wujud sebelum nabi Adam A.S

Ini berdasarkan rasional mengenai kajian yang dibuat oleh cendikiawan Islam- Muhammad Isa Dawud melalui bukunya "Siapa penghuni Bumi sebelum manusia" mengatakan terdapat hidupan lain yang berakal sebelum Adam A.S dicipta.

Rasional beliau adalah bersandarkan Al-Quran:

"Ketika Allah berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya." (2: 30)

Point di sini terdapat persoalan dari Malaikat akan penciptaan makhluk yang akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah kelak.Malaikat adalah salah satu makhluk mulia diciptakan oleh Allah tetapi tidak mengetahui perkara2 ghaib,namun mengapakah malaikat mempersoalkan hal ini sedangkan mereka masih belum melihat manusia menjadi khalifah di muka bumi?

Penyataan ini menjadi bukti bahawa sebelum Adam A.S diturunkan terdapat 'manusia' atau dengan kata lain bangsa yang wujud dimuka bumi ini yakni sebagai khalifah namun dipupuskan oleh Allah atas sebab tertentu.

Rujukan dalam Taurat Kuno juga ada mengisahkan kaum Nabi Musa A.S yang melihat gambaran2 aneh mengenai peradaban yang tinggi di dasar Sungai Nil.Muhammad Isa Dawud menjelaskan:

Nabi Adam telah turun ke bumi sejak berjuta-juta tahun yang dahulu dan sebelum turunnya Adam, bumi telah dihuni oleh makhluk mukallaf yang juga diturunkan syariat agama iatu Jin. Bangsa Jin telah membangunkan peradaban-peradaban yang moden sehingga menuntut mereka engkar terhadap seruan Allah. Mereka (Jin) bertelagah sesama sendiri sehingga terjadinya ledakan atom yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban mereka.

Kemudian Adam diturunkan dan dalam masa yang sama Allah memperkenankan doa para Jin yang mahukan diri mereka tidak dapat dilihat oleh manusia. Maka Muhammad Isa Dawud ingin memahamkan kita peradaban yang maju yang tersisa hingga sekarang itu ialah peninggalan bangsa Jin kerana hanya golongan jin yang dapat terbang ke langit, hidup di lautan dan berlari sepantas kilat.

Rumusan beliau bangsa sebelum itu dikenali sebagai jin ada kebenarannya berdasarkan kadar kemajuan manusia generasi Adam A.S yang mencapai kemodenan seperti pada hari ini dalam jangkamasa kurang dari dari 10,000 tahun.

Jika dilihat pada kemajuan bangsa jin yang jauh lebih lama memulakan peradaban sudah tentu mereka memiliki kepandaian yang jauh lebih tinggi!

Nyatalah mereka juga menerima seruan supaya tunduk kepada yang maha Esa seperti kita sesuai dengan firman Allah dalam surah Az-Zariyat:

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku."

Di sinilah wujud kepincangan dengan dunia barat dimana ilmu berkenaan wahyu ditolak sekaligus ilmu barat seperti teori Darwin dipakai menyebabkan asal usul manusia menjadi semakin membingungkan.Inilah faktor penting dimana agama tidak boleh dipisahkan dengan mana2 cabang ilmu yang kita pelajari.Hal ini tidak berlaku di dunia barat yang turut mensekularkan ilmu.

Mutakhir ini peranan manusia sebagai khalifah semakin rosak disebabkan kita semakin lari dari agama.Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita supaya terselamat dari pesongan2 yang membawa kita kepada kesesatan.Inilah tujuan sejarah dipelajari supaya kita dapat memahami hakikat ketuhanan yang Maha Esa. =)

kredit kepada MizalMikael.blogspot

Jumaat, 28 Oktober 2011

Laman idea rekacipta

Di sini saya sampaikan laman2 web yang menarik yang dapat membantu sesiapa sahaja untuk menghasilkan projek2 menarik khususnya yang berkaitan dengan elektrik dan elektronik.

Engineering Project---->Klik SINI
Laman web ini banyak menyediakan projek yang telah dijalankan oleh pelajar2 kolej,universiti dan sebagainya.Walaupun dari segi rupa laman web agak 'outdate' tetapi isi2 berkaitannya sangat memuaskan.Saya mengesyorkan laman ini kepada pelajar2 kolej dan universiti yang mencari idea untuk menjalankan projek tahun akhir ataupun sebagai mini-projek.

Zon 152------->Klik SINI
Mengandungi banyak projek dan penjelasan berkaitan elektrikal,automotif,dan sebagainya.Saya selalu menjadikan laman web ini sebagai rujukan terutamanya tips2 berkaitan automotif kerana penerangannya mudah difahami.Laman web ini juga menyediakan cadangan idea2 menarik kepada sesiapa yang ingin menjalankan projek terutamanya pelajar tahun akhir.

Rekacipta------>Klik SINI
Memberi banyak idea2 kreatif dan inovasi berkaitan projek DIY yang menarik.Tidak cukup dengan itu laman ini juga menyediakan panduan2 dan penerangan alat dan komponen elektrikal mahupun mekanikal yang dapat membantu kita masalah projek rekacipta.Saya sangat tertarik dan selalu mengunjungi laman ini sebab walaupun idea yang diberikan juga agak 'advance' seperti pengunaan pengaturcaraan,ini banyak memberi manfaat khususnya menggalakkan pelajar supaya lebih universal dalam mengaplikasikan bidang kejuruteraan.

Howstuffwork------>Klik SINI
Pastinya ramai yang pernah mengunjungi laman web ini.Laman web ini sangat penting kerana banyak menerangkan konsep2 samada asas ataupun kompleks.Bagus untuk dijadikan rujukan utama dalam mengenalpasti cara sesuatu alat berfungsi samada ringkas atau sebaliknya seperti komponen diod,kapasitor,resistor,dll dan motor.

Banyak lagi laman web yang boleh dilayari dalam mendapatkan idea2 projek menarik,namun laman2 web diatas lebih menjadi pilihan saya.

Sekiranya anda ada laman2 web rekacipta yang menarik bolehlah dikongsikan bersama disini. =)

Khamis, 27 Oktober 2011

Jenis tenaga yang boleh diperbaharui (Renewable Energy)

Kebergantungan masyarakat dunia pada bahan api fosil seperti minyak dan gas banyak mempengaruhi ekosistem bumi kita,kebanyakannya negatif dan mengakibatkan kesan yang buruk kepada hidupan. Ini semua menyebabkan negara2 mula sedar kepentingan tenaga yang boleh diperbaharui yakni lebih bersih dan selamat.Di Malaysia tenaga kitar semula yang utama digunakan adalah tenaga hidroelektrik namun tenaga yang terhasil adalah rendah berbanding arang batu dan gas.



Disini saya senaraikan jenis2 tenaga yang boleh diperbaharui mengikut keutamaan iaitu:

1.)Tenaga solar
Matahari merupakan sumber tenaga yang utama didunia ini dan sudah menjadi kegunaan manusia sejak dahulu lagi.Banyak kelebihan diperoleh dari tenaga ini selain dari tujuan pemanasan ia juga dapat menjana elektrik.Umumnya kebanyakan tenaga yang terhasil adalah bersumberkan secara langsung atau tidak langsung dari matahari seperti tenaga angin (haba dari matahari),pertumbuhan pokok,peresapan dan kondensasi (pengaliran air),dan tumbuhan lain yang digunakan sebagai sumber biomass.

2.)Tenaga angin
Sama seperti solar yang mana sudah digunakan sejak dahulu lagi terutamanya bagi tujuan pelayaran,kincir angin,dan sebagainya.Terhasil daripada pergerakan udara ketika udara panas dan sejuk saling berganti.

3.)Tenaga hidro
Tenaga yang dijana melalui kitaran semulajadi iaitu proses hujan dimana daya kuat ketika air turun dihasilkan secara sekata.Aliran yang melepasi turbin diserap kembali dan turun ketika hujan menyebabkan proses ini sentiasa berterusan untuk membekalkan kuasa.

4.)Tenaga biomass
Juga diguna sejak dahulu seperti penggunaan dapur lama yang menggunakan kayu untuk pembakaran.Namun 
pada masa sekarang gas metana yang terhasil dari sisa pertanian,industri dapat menghasilkan tenaga elektrik dan sekaligus mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida.Contoh mudah adalah dalam teknologi pengangkutan yang sudah mula menggunakan tenaga biomass.

5.)Hidrogen
Walaupun kajian masih lagi di peringkat awal,hidrogen mempunyai potensi yang sangat besar bukan sahaja sebagai bahan api namun sebagai sumber bekalan tenaga.Terdiri daripada bahan yang sangat mudah didapati di bumi seperti air.

6.)Tenaga geotermal
Dihasilkan daripada haba dibawah tanah menghasilkan stim dan air panas yang dapat digunakan pada generator kuasa dan juga sebagai pemanas rumah.

7.)Tenaga laut (Ocean Energy)
Mempunyai beberapa bentuk berasaskan daya kuasanya seperti tenaga ombak dan tenaga geotermal tetapi pada dasar laut.

Jenis2 tenaga yang boleh diperbaharui ini kebanyakannya dapat digunakan di negara kita.Usaha2 kerajaan mengurangkan pelepasan gas hijau juga dapat memberi laluan mudah teknologi2 hijau ini dapat berkembang lebih jauh.

Selasa, 25 Oktober 2011

Sejarah Islam di Amerika

Islam adalah agama yang berkembang dengan pesat di barat.Di Amerika perkembangannya banyak didominasi oleh kaum kulit hitam disebabkan tentangan mereka terhadap fahaman perkauman seperti gerakan Nation of Islam suatu masa dulu.Melalui kajian ringkas,sejarah perkembangannya bermula dengan para immigran yang datang dari kerajaan Islam Uthmaniah dan juga dari sebelah Afrika sebagai hamba abdi pada lewat abad ke-19.

Namun begitu fakta ini mungkin boleh disangkal hari ini berdasarkan kajian yang telah dilakukan.



Antara huraian dan bukti yang diberikan oleh pengkaji adalah seperti arsip perjanjian pemerintah Amerika Syarikat dengan suku Cherokee yang merupakan salah satu suku Indian pada 1787 diketuai oleh AbdeKhak dan Muhammad Ibnu Abdullah.Kaum ini dikatakan telah menjalankan hukum Islam dalam kehidupan mereka dan menggunakan aksara tersendiri dimana ianya amat mirip dengan aksara arab.Sebagai contoh penggunaan kata "Muhammad".





Penggunaan nama2 suku dan kepala sukunya juga didakwa berasal dari bahasa Arab tidak hanya ditemukan pada suku Cherokee (Shar-kee),tetapi juga Anasazi,Apache(??),Arawak,Arikana,Chavin Cree,Makkah,Hohokam,Hupa,Mahigan,Mohawk,Nazca,Zulu,dan Zuni.Malah terdapat beberapa kepala suku Indian yang mengenakan tutup kepala khas orang Islam.





Umumnya,suku2 Indian percaya adanya Tuhan yang menguasai alam semesta dan memperhambakan diri mereka kepada tuhan.Ini merujuk kepada kata kepala suku Ohiyesa:"in the life of the indian,there was only inevitable duty-the duty to prayer-the daily recognition of the Unseen and the Eternal.Gambaran yang diberikan ini selari dengan makna penciptaan manusia dalam Islam iaitu hanya untuk beribadat kepada Allah sehaja.

Kesimpulannya,perkembangan Islam di benua Amerika adalah lebih awal berbanding maklumat kontemporari yang sediada.Mungkin benar jika dinilai dari aspek dakwah Islam yang berkembang pesat sehingga tiba di nusantara seawal abad ke-13.

Sejarah perkembangan Islam tiba di Amerika agak panjang untuk diceritakan dalam pautan ini.Oleh itu saya akan menyambung perkembangan ini dalam pautan saya yang akan datang InsyaAllah..=)

kredit kepada mp3-jiwang.org dan facebook page-Islam terbukti benar

Jom semua join ChurpChurp

Disini saya nak mengajak kengkawan untuk join dalam ChurpChurp,ni kira sister projek kepada nuffnang la dan yang paling penting boleh dapat income.Cara dia mudah je asalkan korang ada akaun facebook paling koman dah boleh join,senang dan cepat kan.Antara statement yang nak invite geng2 korang untuk join ChurpChurp adalah seperti di bawah:

How does getting rewarded through sharing sound like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Hehe,ringkas je aku tulis ni.Sama la dengan konsep ChurpChurp yang mana kata otai2 blogger hanya perlukan masa tak sampai seminit pun nak setelkan assignment ChurpChurp.Apa tunggu lagi,pakat invite ramai2 sekarang! =)

Tingkatkan kreativiti

Kebiasaan yang terjadi kepada seorang student yang baru habis belajar selalunya diisi dengan masa yang tidak berfaedah.Contohnya aku yang banyak membuang masa dengan duduk lepak2 kat rumah,tido je memanjang.=)

Oleh kerana lama sangat tak menggunakan otak yang sememangnya sudah sediada berkarat,lama kelamaan aku perasan daya kreativiti pun semakin berkurangan.

Bak kata Irfan Khairi seperti analogi sebuah kereta yang lama dibiarkan sememangnya akan menjadi semput dan mudah rosak,hal yang sama berlaku kepada otak kita jika dibiarkan begitu sahaja tanpa digunakan untuk berfikir.

Cadangan yang dikemukakan oleh beliau- bawa buku nota kecil dan pen ke mana2 sahaja.Bagi aku sememangnya berasas sebab idea kita kadang2 tak timbul time kita perlukannya tapi datang dengan tak disangka,contohnya dalam jamban.

Apapun,yang paling penting adalah sentiasa berusaha dan berdoa semoga idea2 kreatif sentiasa ada.=)

Kaitan Pirate of Caribbean dalam Alam Melayu

Pasti rakan2 yang membaca blog ni pernah menonton cerita lanun ni,cerita yang mengisahkan kehidupan lanun yang mengembara meredah lautan dalam mencapai matlamat mereka.Tapi tahukah anda bahawa terdapat pandangan menarik yang mengatakan bahawa lanun yang diceritakan ini sebenarnya ada perkaitannya dengan lanun Melayu.

Huraian dan kajian yang dikemukakan dalam artikel tersebut mengatakan ia berasaskan dengan "19th Malay Regimen of British Royal Navy" dan ia didakwa benar berdasarkan bukti2 dan catatan sejarahnya pada gambar di bawah.

 


Mereka asalnya adalah bekas2 lanun yang bermaharajalela di Selat Melaka dan disebabkan keberanian mereka dan kebolehan yang mereka miliki (ilmu kebal,batin,dsb ilmu alam Melayu) menyebabkan mereka diambil bekerja dengan British Royal Navy dibawah 19th Regiment yang diketuai oleh Captain John Davie.


Namun pada 1813,anggota 19th Regiments telah melancarkan Munity (istilah bagi pemberontakan dan rampasan/pengambilalihan kuasa dalam military term atau crew ship) dengan merampas 12 kapal laut Royal Navy dan telah berpecah ke Britain,laut Arab,dan Amerika.Terjadi juga kes amukan lanun Melayu di Queen Dock London dan yang lebih menarik separuh daripada anggota ini juga diambil oleh Napoleon bagi memerangi British.



Ini juga selari dengan istilah yang diberikan khas kepada geng2 lanun tersebut iaitu "the Curse Regiments"..bourne to sails at sea in eternity.. ungkapan diatas bukanlah disebabkan sumpahan tetapi lebih kepada pilihan dimana mereka tidak dapat pulang ke kampung halaman disebabkan sudah dicopkan sebagai pembelot kerana bekerja dengan penjajah.


 


Berdasarkan artikel diatas,pengkaji membuat perbandingan mereka iaitu:
-Captain John Davie (Captain of the Curse Regiment)=Captain Davvy Jones
-3 Malay Pirates hang in Quenn Dock London=3 Pirate hang on Pirate of Carrebean 1
-Curse Regiments merampas kapal Royal Navy=Jack Sparrow merampas kapal Royal Navy

Kesahihan maklumat ini ada kebenarannya bersandarkan bukti2 yang diberikan oleh pengkaji ni.Bagi aku ini manifestasi kekuatan orang Melayu yang terkenal dalam bidang pelayaran suatu masa dahulu dan banyak lagi bukti2 keagungan bangsa ini masih lagi belum dibongkar.

Kredit dan terima kasih kepada unekspekted-cari forum & tango 87-jiwang.org

Isnin, 24 Oktober 2011

Perisian elektronik ringkas untuk aplikasi kejuruteraan

Info2 perisian ini diperolehi daripada laman web rekacipta.net yang banyak memberikan idea2 menarik khususnya kepada yang berminat merekacipta produk2 baru. Bagi kengkawan yang masih tercari2 perisian elektrikal dan elektronik yang sesuai, di sini saya ada sediakan sedikit info berkenaannya. Ia sangat sesuai untuk dijadikan rujukan khususnya pelajar2 sekolah, kolej, universiti, dan sebagainya. Hasil dari penilitian saya ingin simpulkan satu sahaja perisian yang dirasakan berguna khususnya golongan newbie, ini memudahkan mereka yang ingin mereka litar elektrik dengan lebih efektif.

DIY Layout Creator



Perisian ringkas ini sangat berguna untuk menghasilkan tataletak komponen diatas 'stripboard'.Berdasarkan pengalaman saya yang melakukannya secara terus dengan hanya mereka litar diatas buku petak (buku matematik kotak kecik..LOL),banyak kesilapan berlaku sebab tak estimate dengan betul pada 'stripboard' apatah lagi bila dah pateri makin susah nak betulkan..=(


Sebenarnya banyak lagi perisian2 yang berguna untuk mereka litar elektronik dalam laman web tersebut,apa yang saya bagi ini bagi saya adalah paling koman untuk digunakan bernilaikan pengalaman saya sendiri.Selamat mencuba..=)

Perisian ini boleh dimuat turun di SINI.

kredit kepada rekacipta.net

Ahad, 9 Oktober 2011

Impak ekonomi pada kerjaya

Antara krisis2 yang syok berlaku di dunia sekarang:

Krisis ekonomi Amerika----->    http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0624&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm

Krisis ekonomi Greece----->http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_01.htm

Lambakan graduan di China----->http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0926&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Semua ni memang membuatkan aku jadi gila dengan keadaan aku yang masih belum mendapatkan pekerjaan.
Nak mengharapkan keje gomen, tak payahla konpem tak dapat. Susah siottt!!
Kalau rujuk kat masalah krisis ekonomi Greece, keje kat sektor awam pun dah tak secure. Bukanlah aku nak membandingkan dengan negara ni tapi pernah tak kita fikir sekiranya kita menerima nasib yang sama dengan mereka.

Sebelum ni ada pak menteri yang kata Malaysia juga akan muflis atas sebab2 tertentu (baca: subsidi) dan sebagainya. Mungkin ada benarnya kata2 tu tapi nampak tak kemungkinan yang akan berlaku. Berkaitan dengan keadaan negara China, keadaan juga hampir sama seperti di Malaysia walaupun tidaklah setenat seperti di sana tapi dah cukup membuatkan aku terus apply keje via online sampai. Dah tak kira engineer ke, asst. engineer atau lebih rendah, asalkan dapat keje yang sesuai walaupun gaji rendah (masih relevan nak bayar hutang PTPTN).

Masalah AS pula sememangnya tidak boleh diambil ringan, kejatuhan ekonomi AS bermakna kejatuhan ekonomi dunia. Sekiranya dikaji banyak masalah2 kewangan AS berpunca daripada sistem ekonomi kapitalis yang sudah tentunya hanya menguntungkan sebelah pihak dan hasilnya adalah apa yang terjadi sekarang. Kebanyakan negara2 dunia menunjukkan kemelesetan ekonomi yang ketara, negara2 eropah pun sudah mula memasuki fasa 'bankrap'. Masalah2 ini sangat jelas menunjukkan fasa2 akhir zaman sedang kita lalui dan sistem2 yang dicipta 'sang mata satu' begitu ketara sehinggakan kita tidak ada jalan lain selain menerimanya seperti yang pernah dijelaskan oleh Sheikh Imran Hosein (banyak gile kene explain).

Hakikatnye, hidup zaman ni penuh dengan masalah, nak mencari duit pun susah gile..
Aku hanya mampu berusaha dan berdoa supaya dapat keje halal.. isk3

p/s: lambat lagi la nak kawin...wooooo