Khas buat pembaca

Ribuan terima kasih diucapkan kepada setiap pengunjung blog ini yang sudi bersama2 melihat artikel yang saya postkan.

Segala penulisan saya di dalam blog ini adalah berdasarkan pengolahan dari pembacaan saya merangkumi blog,buku,jurnal,dll bertujuan untuk berkongsi ilmu kepada semua.

Pandangan dan cadangan daripada anda amat saya hargai supaya kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. =)

Isnin, 31 Januari 2011

Hujan Oh Hujan

Sekarang ni musim hujan melanda, bukan saja pantai timur tapi 1 Malaysia dah terasa. Punyalah susah nak balik ke rumah menyebabkan aku terpaksa memendekkan perjalanan aku dari straight ke kampung ke rumah abang aku kat Temerloh je.

Huhu, perjalanan yang sure aku takkan lupakan. Anyway, selepas perjalanan yang aku harungi walaupun ke Temerloh agak azab disebabkan beberapa fator yang kurang diambil kira (buat2 cam bese je) menyebabkan aku hampir berputus asa dan bercadang nak singgah kat mana- mana je cam R&R ke tak pun hotel bajet.

Faktor pertama yang men'jem'kan perjalanan aku ialah masa aku bertolak pun dah lewat. Tak silap aku dalam pukul 3.30 petang. Dengan keadaan cuaca yang agak mendung aku meneruskan perjalan aku dengan motorku 125ZR bersama memberku yang membawa LC135. Untuk senang aku bahagikan perjalanan aku sebanyak 3 fasa.

Selasa, 25 Januari 2011

Penghargaan..

Secara tak diduga aku diminta untuk memberikan tazkirah ringkas sebelum kelas bermula (Modern Manufacturing System). Haha, punyalah berdebar sebab dengan keadaan selalu lambat masuk ke kelas confirmlah tak ada preparation apa- apa. Luckily disebabkan teringatkan aku nak tepon mak, maka aku terus dapat point untuk bercakap berkenaan menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa.

Syukur aku dapat memberikan tazkirah dengan baik, walaupun kurang 'kick'nya tapi sekurang- kurangnya aku dapat mengajak member dan diri aku sendiri untuk bermuhasabah tentang pengorbanan insan yang bergelar ibu dan bapa. Tanpa diorang siapa la kita yek.

Sabtu, 22 Januari 2011

Falsafah hidup...mod Skema

Aku sebenarnya amat berminat dengan subjek falsafah sains dan teknologi yang aku ambil sebagai subjek wajib dalam semesta ni. Salah satu sebabnya subjek ni sentiasa membuatkan minda kita lebih banyak berfikir dan cuba untuk memahami asbab sesuatu perkara itu dilakukan. Contoh mudah yang diberikan oleh pensyarah aku ialah apa tujuan kita belajar. Adakah dengan mendapat ilmu, harta, pangkat, atau  sebagainya.

Pembelajaran ni banyak membuka minda aku terutamanya bagaimana untuk membina perancangan hidup kita dan menetapkan target dalam setiap perkara yang bakal dilakukan. Nampak mudah tetapi sebenarnya memerlukan kefahaman yang mendalam. Aku sendiri tidak menyedari peri pentingnya semua ni sehinggalah final sem aku. Agak merugikan namun tidak terlambat untuk aku berubah. Apa yang penting untuk memahami semua ni adalah dengan mem'format'kan balik definisi Ilmu dalam kamus hidup aku.

Jumaat, 21 Januari 2011

Prihatin...

Korang mesti selalu tengok cerita- cerita sedih tak pun mesti dengar pasal kisah hidup orang lain yang tak berkemampuan. Kadang- kadang kita buat tak endah je especially kalau orang tu bukan salah seorang dari saudara mara kita. Yalah kalau kita tengok pada diri kita sendiri pun takde la berkemampuan sangat macam orang- orang lain yang lebih berada. Bagi aku pun kalau boleh cam elok je aku tak tahu apa masalah yang dihadapi orang lain, nanti rasa kasihan pulak kat orang tu dan aku pulak tak dapat buat apa- apa.

Dalam TV3 pun tiap- tiap minggu ada ceritakan pasal kehidupan segelintir masyarakat kita yang kurang berkemampuan baik dari segi material ataupun fizikal. Walaupun disisihkan masyarakat namun itu bukan sebab yang menghalang daripada meneruskan hidup. Bantuan pun jarang- jarang dihulurkan oleh orang- orang yang terdekat apatah lagi dengan golongan yang bergelar YB (yang tak turun padang la, time berkempen je buat pe).

Dalam hal ni aku nak cerita tentang satu fenomena yang berlaku di kalangan masyarakat kita, bukanlah maksud aku untuk bercerita secara detail tapi sebagai renungan kepada pembaca dan aku sendiri.

Selasa, 11 Januari 2011

Accident...

Petang tadi aku time aku masuk kelas aku diberitahu ada accident kat tempat yang biasa je aku lalu time nak pegi/balik kelas. Kemalangan tu antara lori dengan apa aku pun tak tahu tapi kalau dah melibatkan lori mestilah teruk. Kasihan pula kat orang yang terlibat tu, mungkin student yang dah balik dari kelas ke tapi apa pun aku doakan semoga orang tu selamat. Kadang- kadang sayu jugak hati kita kalau orang yang terlibat tu rapat dengan kita apatah lagi kalau ahli keluarga.

Sepanjang perjalanan aku pulang ke Melaka pun ada jugak satu kes kemalangan yang berlaku. Time tu aku ada dalam bas, adalah aku nampak seorang perempuan bawak motorsikal elok je memintas bas. Tak lama pastu dekat traffic light jem sikit, tengok- tengok dah terbaring kat jalanraya. Mujur la nampak tak serius sangat.

Masa aku balik ke Melaka pun ada satu lagi kemalangan yang melibatkan perempuan (again), jiran aku pulak tu. Dekat dengan rumah aku ada la satu selekoh yang agak tajam ditambah lagi dengan 'stripe' hitam putih atas jalan tu yang agak licin, so masa aku on the way balik aku perasan yang dia bawak agak laju (or maybe i'm a bit slow,hahaha) sampai la aku jauh ketinggalan.

Ahad, 9 Januari 2011

Pilih Subjek...

Minggu first kebiasaannya aku akan pergi ke kelas cam biasa je untuk dengar- dengar briefing dari lecturer pasal subjek yang bakal aku ambil. So, that's why kengkadang aku malas nak pergi ke kelas. Semua yang diceritakan dah tahu awal- awal, boleh pergi pun dah kira bagus.

Tapi untuk sem last aku ni is a bit different. Biasanya kalau setiap sem subjek- subjek elektif memang dah di'decide'kan oleh fakulti (untuk UTeM je kot), basically sebab student tak ramai or sebagai syarat- syarat graduasi oleh badan- badan engineer (for my course case). Therefore, mula la pening nak pilih subjek yang sesuai. The 2 subject which making me in dilemma is Robotik & Automasi dan Advance Manufactering Technology.

Jumaat, 7 Januari 2011

Sem baru..

Sem baru dah mula, well kebiasaannya semua ni akan diikuti dengan azam- azam student (biasanya student 1 & 2 year) yang dah mula insaf pastu pasang target untuk strive excellently. Haha, but for me it's kinda too late to regret because this is my final sem. Aku pun sampai dah malas nak fikir pasal semua ni, yang penting sem ni aku nak fokus PSM je sebab ni salah satu benda yang penting untuk graduasi & kerja aku.

Kalau diikutkan masa aku nak menulis/ berceloteh kat sini dah banyak hilang sebab nak fokus kat study & aktiviti lain (takde la sangat). Tapi kadang- kadang kita ni terase jugak nak meluahkan perasaan pasal ke, bagi info ke. Aku nak cari idea untuk letak dalam blog ni pun dah takde.

Haha,takpe la next time aku akan post some info- info yang menarik, kepada kengkawan aku aku ucapkan selamat ber'sem' baru. Study la elok- elok ye. >_>