Khas buat pembaca

Ribuan terima kasih diucapkan kepada setiap pengunjung blog ini yang sudi bersama2 melihat artikel yang saya postkan.

Segala penulisan saya di dalam blog ini adalah berdasarkan pengolahan dari pembacaan saya merangkumi blog,buku,jurnal,dll bertujuan untuk berkongsi ilmu kepada semua.

Pandangan dan cadangan daripada anda amat saya hargai supaya kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. =)

Jumaat, 24 Jun 2011

Cerewet....

Semua orang mesti nak kerja yang mereka minat kan?
Aku pun tak terkecuali, sebab kerja menggambarkan perwatakan kita.
Aku sememangnya seorang graduan yang cerewet, dengan result yang tak berapa elok pun masih lagi memilih kerja. Lainlah kalau keputusan CGPA aku first class..hahaha


Antara kerjaya yang menjadi tumpuan aku sekarang adalah dalam bidang automotif,
bagi aku kerjaya dalam bidang ni menarik sebab industry ini selalu bersaing terutamanya dalam bidang teknologi bagi memenuhi kehendak pasaran.
Saban tahun kita dapat tengok kereta- kereta yang memasuki dengan pelbagai pembaharuan, tak kira dari segi rekabentuk luaran mahupun dalaman.