Khas buat pembaca

Ribuan terima kasih diucapkan kepada setiap pengunjung blog ini yang sudi bersama2 melihat artikel yang saya postkan.

Segala penulisan saya di dalam blog ini adalah berdasarkan pengolahan dari pembacaan saya merangkumi blog,buku,jurnal,dll bertujuan untuk berkongsi ilmu kepada semua.

Pandangan dan cadangan daripada anda amat saya hargai supaya kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. =)

Jumaat, 24 Jun 2011

Cerewet....

Semua orang mesti nak kerja yang mereka minat kan?
Aku pun tak terkecuali, sebab kerja menggambarkan perwatakan kita.
Aku sememangnya seorang graduan yang cerewet, dengan result yang tak berapa elok pun masih lagi memilih kerja. Lainlah kalau keputusan CGPA aku first class..hahaha


Antara kerjaya yang menjadi tumpuan aku sekarang adalah dalam bidang automotif,
bagi aku kerjaya dalam bidang ni menarik sebab industry ini selalu bersaing terutamanya dalam bidang teknologi bagi memenuhi kehendak pasaran.
Saban tahun kita dapat tengok kereta- kereta yang memasuki dengan pelbagai pembaharuan, tak kira dari segi rekabentuk luaran mahupun dalaman.


Tapi aku faham, aku masih perlu bersaing dengan beribu- ribu lagi insan lain yang mempunyai minat yang sama dengan aku.
Peluang untuk mendapat kerja pun belum tentu cerah, ditambah dengan bidang yang aku ambil berkemungkinan tidak sesuai (untuk autotif maybe?).
So, untuk permulaan aku perlu ada kerja yang related dengan automotif dulu sebagai tapak bagi aku mula melangkah.


Sememangnya kerja adalah sangat penting,
bak kata ustaz dalam cerita yang aku sudah lupa hape tah "kerja itu adalah tanda nilai/ harga diri seseorang". Aku perlu kerja untuk diri, keluarga + bakal keluarga (heh), dan untuk membina masa depan yang lebih baik.

Aku sebenarnya suka kerja tidak kira kerja apa, tapi yang penting aku ada masa yang dapat diluangkan untuk bersama keluarga dan kawan- kawan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan