Khas buat pembaca

Ribuan terima kasih diucapkan kepada setiap pengunjung blog ini yang sudi bersama2 melihat artikel yang saya postkan.

Segala penulisan saya di dalam blog ini adalah berdasarkan pengolahan dari pembacaan saya merangkumi blog,buku,jurnal,dll bertujuan untuk berkongsi ilmu kepada semua.

Pandangan dan cadangan daripada anda amat saya hargai supaya kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. =)

Ahad, 6 Februari 2011

Petrol...

Semalam aku bertolak dari Temerloh ke Melaka, cam dalam post sebelum ni aku ada ceritakan perjalanan aku yang melalui Segamat. Actually aku boleh balik ke Melaka melalui K.L tapi disebabkan aku tak kenal sangat jalan kat sana aku terpaksa follow member aku ikut jalan Segamat. Haa, salah satu faktornya yang perlu diambil kira adalah MINYAK.

Dalam tahun lepas minyak dah naik dalam berapa kali pun aku tak ingat. Yang pastinya semua benda ni akan membebankan golongan yang kurang berkemampuan cam aku ni. Aku pun malas nak membebel sangat sebab dah ramai yang bagi komen pasal perkara ni. Dari pihak kerajaan sampai la individu biasa, semua ada rasional sendiri.



Peningkatan yang membanggakan

Aku ni seorang yang lebih suka menggunakan minyak RON 97 berbanding RON 95, walaupun nampak cam tak banyak berbeza tapi bagi orang yang selalu menggunakannya pasti akan rasa ada 'slack'nya bila menggunakannya. Ikut sekarang minyak harga RON 97 pun dah makin meninggalkan RON 95 (dalam 50 sen dah kot).

Satu sebbab yang aku selalu guna minyak RON 97 sebab minyak ni lebih cepat panas (diceritakan apek kedai moto) so amat berguna untuk perjalanan jauh. Lecturer aku pernah cakap kalau eksiden yang melibatkan kenderaan yang guna RON 95 kenderaan akan berisiko tinggi untuk terbakar dan meletup. Tak tahu la betul atau tak tapi yang penting baik aku guna minyak yang lebih berkualiti, sape tak sayang motor. hahaha

Minyak yang pernah mengisi tangki motorku

Walau cemana pun, minyak yang aku guna adalah dari Caltex melalui teknologi pembersihan enjin. Techtron ni bagi aku amat bagus berbanding mana- mana minyak jenis lain cam Shell, Esso, dan Petronas. Walaupun Shell menjimatkan minyak tapi belum tentu dapat membersihkan enjin dengan baik seperti Caltex. Aku agak kurang dengan minyak Petronas sebab kebiasaannya  akan menyebabkan motor aku tak memasal akan semput, time kat trafik light je mati. Tapi cemana pun dari segi minyak enjin yang terbaik bagi aku adalah Petronas Syntium. Kira cover balik la.

Apapun, aku berharap sangat kerajaan turunkan harga minyak, takkan nak tunggu pilihanraya dah dekat baru nak tukar kot. Aku ternanti- nati slogan 'Rakyat Didahulukan' diaplikasikan kat perkara- perkara camni. Tak dilupakan juga kat keperluan asas yang lain. Kesian mak aku pening kepala tiap kali harga barang naik. Kucing kat rumah aku pun dah kena kurangkan makan, mujur takde mogok...(><_)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan