Khas buat pembaca

Ribuan terima kasih diucapkan kepada setiap pengunjung blog ini yang sudi bersama2 melihat artikel yang saya postkan.

Segala penulisan saya di dalam blog ini adalah berdasarkan pengolahan dari pembacaan saya merangkumi blog,buku,jurnal,dll bertujuan untuk berkongsi ilmu kepada semua.

Pandangan dan cadangan daripada anda amat saya hargai supaya kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. =)

Ahad, 6 Februari 2011

Aku nak KERETA...

Sebelum ni aku ada ceritakan pasal azabnya nak balik ke rumah disebabkan hujan ribut yang melanda seluruh tanah air ni. So, kepada yang pernah naik motor kat highway time hujan konpem jeles bila tengok orang- orang dalam kereta yang syok je tak kena hujan. Walaupun mungkin lama lagi untuk aku nak memasuki alam kereta ni, ada baik jugak kalau aku survey sambil citer pasal kereta yang bakal dimiliki oleh golongan yang kurang berkemampuan cam aku ni. isk3

Aku ni bukanlah orang yang pro sangat pasal kereta, spesifikasi yang aku tengok dalam katalog pun dah buat aku pening. Aku hanya pilih berdasarkan kata hati je. Oleh itu aku nak bagi list kereta yang bakal aku pilih berdasarkan kriteria yang aku tetapkan iaitu:
i.) Selesa
ii.) Sporty
iii.) Ekonomik
iv.) Prestasi

Meh aku tunjukkan list- list kereta pilihan aku ni, kereta- kereta ni adalah dalam kategori subkompak ngan kompak je:


1.) Proton Satria Neo CPS


Proton Satria Neo ni memang dapat good impression dari aku sebab bagi aku kereta ni adalah satu- satunya kereta tempatan yang dapat menandingi kereta- kereta buatan dari luar negara cam Jepun, Korea, dan dari Eropah. Dengan kapasiti 1.6 cc menggunakan enjin CPS kereta ni jugak mempunyai reputasi yang baik dari segi maintenance berdasarkan interview aku dengan abang aku (technician Proton) dimana dalam ketegori paling sikit masalah. Kelajuan kereta ni pun memang takleh dipertikaikan sebab kereta ni pun turut tersenarai dalam perlumbaan World Rally Championship. Harga pun ok je sebab kereta ni kereta tempatan iaitu dalam average RM 50,000- 57, 000. Kire mampu milik la bagi golongan cam aku ni. Tapi bab keselesaan kurang sikit sebab kereta ni adalah 'Coupe' iaitu hanya ada dua pintu, so susah lak kalau orang sakit ke, orang dah berumur nak menyelit masuk dalam.

Therefore the resuult for Proton Satria Neo CPS' is:
i.) Selesa ----------- (2/5)
ii.) Sporty ---------- (5/5)
iii.) Ekonomik ------ (3/5)
iv.) Prestasi -------- (4/5)

2.) Perodua Myvi

Myvi adalah kereta kedua yang mungkin aku beli pertamanya sebab kereta ni memang bagi keselesaan dalam pemanduan, dengan tempat duduk yang agak luas sure semua yang membeli akan berpuas hati dengannya. Walaupun kereta yang berasaskan dari prototype Daihatsu Sirion dan Toyota Passo ni hanya berkapasiti 1.3 cc sahaja, what else we needed since this is sub- compact car. Standard kereta sub- compact pun dalam 1.0 cc je. Even Richard Hammond dari Topgear pun 'puji' kereta ni berbanding manufacture asalnya sebab design lagi cantek. haha. Harga yang ditawarkan pun ok je dalam RM 40, 000+-


For Perodua Myvi's result, hmm:
i.) Selesa ---------- (4/5)
ii.) Sporty --------- (3/5)
iii.) Ekonomik ----- (4/5)
iv.) Prestasi ------- (3/5)


3.) Proton Savvy

Kereta ni walaupun aku minat tetapi mendapat kritikan yang hebat dari abang aku, alasannya kereta ni adalah kereta yang paling bermasalah dalam proton. Katanya selalu rosak sana rosak sini, eksos pulak cepat berkarat. Walaupun menggunakan enjin yang dibeli daripada Renault, daya penjimatan Savvy agak menakjubkan kalau disertakan sekali dengan prestasinya di jalanraya. Ayah sedara aku pernah bawak sehingga mencecah 170km/j and penjimatan minyak pun setanding dengan Perodua Viva, nice perfomance for sub- compact car.Kereta ni agak bagus untuk orang yang baru nak memasuki alam pekerjaan sebab dengan design yang cantik, aku pun tak pening kepala sangat kalau harga minyak naik. Harga pun ok la which is RM 40, 000 +-...(^_^)


Proton Savvy results, is it ok:

i.) Selesa ------------- (4/5)
ii.) Sporty ----------- (4/5)
iii.) Ekonomik ----- (4/5)
iv.) Prestasi --------- (4/5)

4.) Kia Picanto
Ok aku memang tak tahu sangat pasal kereta ni sebab jarang nampak orang pakai. But somehow i like the appearance dengan design facelift yang baru je keluar. So, aku takde komen sangat la. But still kereta korea ni memang menarik...hehehe



Its result for:

i.) Selesa ------------ (4/5)
ii.) Sporty ---------- (3/5)
iii.) Ekonomik ---- (4/5)
iv.) Prestasi ------- (3/5)

So, dalam list  aku ni Savvy yang berjaya buat aku tertarik untuk memilikinya. Tapi dengar cerita pengeluaran untuk kereta ni dah nak dihentikan oleh Proton. Aku harap kalau nak buat replacement car pasni bagi la yang jimat sikit ye. Aku pun dah tak larat nak bayar minyak yang makin naik ni... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan