Khas buat pembaca

Ribuan terima kasih diucapkan kepada setiap pengunjung blog ini yang sudi bersama2 melihat artikel yang saya postkan.

Segala penulisan saya di dalam blog ini adalah berdasarkan pengolahan dari pembacaan saya merangkumi blog,buku,jurnal,dll bertujuan untuk berkongsi ilmu kepada semua.

Pandangan dan cadangan daripada anda amat saya hargai supaya kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. =)

Isnin, 31 Januari 2011

Hujan Oh Hujan

Sekarang ni musim hujan melanda, bukan saja pantai timur tapi 1 Malaysia dah terasa. Punyalah susah nak balik ke rumah menyebabkan aku terpaksa memendekkan perjalanan aku dari straight ke kampung ke rumah abang aku kat Temerloh je.

Huhu, perjalanan yang sure aku takkan lupakan. Anyway, selepas perjalanan yang aku harungi walaupun ke Temerloh agak azab disebabkan beberapa fator yang kurang diambil kira (buat2 cam bese je) menyebabkan aku hampir berputus asa dan bercadang nak singgah kat mana- mana je cam R&R ke tak pun hotel bajet.

Faktor pertama yang men'jem'kan perjalanan aku ialah masa aku bertolak pun dah lewat. Tak silap aku dalam pukul 3.30 petang. Dengan keadaan cuaca yang agak mendung aku meneruskan perjalan aku dengan motorku 125ZR bersama memberku yang membawa LC135. Untuk senang aku bahagikan perjalanan aku sebanyak 3 fasa.

Fasa 1: (3.30pm- 4.45pm- Mendung)




1.) Highway PLUS (Melaka- Tangkak)
Perjalanan yang mengikut lebuhraya memang agak mudah sebab jalan straight je. Tapi yang menjadi masalah adalah kenderaan besar yang lalu seperti lori besar yang sure meyebabkan aku lebih memahami prinsip bernouli sewaktu di sekolah dulu. Angin pulak sangatlah kuat sehingga motor seringkali bergoyang time aku nak memecut pada kelajuan cahaya. Last- last kitorang sampai ke Tangkak dalam masa 30 minit.

2.) Jalan Kampung (Tangkak- Ledang- Segamat)
Perjalanan ni memang merbahaya sebab jalannya hanya 1 lane. Yang tak bestnye jalan ni pun menjadi pilihan lori- lori yang malas nak bayar tol (maybe there's no other way since highway pun takde), so nak mengharungi jalan- jalan yang berliku dan berbukit ni bukan senang especially bila jalan licin. So, nak memintas lori- lori besar ni memang kena berhati- hati. Kitorang berehat sekejap bila dah sampai kat Segamat. Letih weh.

Fasa2: (5.00- 8.15pm- Mendung+ Hujan lebat+ Gelap malam= Damn!!)



3.) Jalan Kampung ( Segamat-Muadzam Shah)
Kitorang start bergerak dengan hujan renyai- renyai sikit, takkan nak tunggu malam kot. So, perjalanan kat sini agak biasa sebab jalan pun tak sibuk sangat jadi takde masalah sangat. Cuma, time kat tengah jalan hujan menjadi lebat sikit. Kena slowlah sikit, kitorang sampai kat Muadzam Shah dalam 6.15 petang. Kitorang stop dulu untuk makan sambil rehat sekejap.

4.) Jalan Kampung Lagi (Muadzam Shah- Kuantan)
Hah, jalan ni paling menakutkan untuk aku lalu. Tak lama kitorang jalan dah ada nampak pokok tumbang tengah- tengah jalan. Kesian kat lori sebab tak dapat lalu, mujurlah pokok yang tumbang tu tersangkut kat pokok lain jadi ada ruang untuk kenderaan kecil lalu. Hari pulak makin gelap, lagi la runsing sebab motor aku ni dah la lampu tak kuat keadaan hujan menyebabkan visor aku sering diganggu oleh kenderaan di depan (air+tanah= visor xnampak ape2). Yang paling aku fedup ialah bila dah malam ada kereta dari other side yang selamber je menaikkan lampu tinggi sampai aku tak nampak langsung jalan depan (seriusly sh*t). Aku sampai terpaksa bawak 40km/j. Pakcik bawak moto getah senang- senang je pintas. Anyway, aku memang bernasib baik sebab dapat gak sampai ke Gambang.

Fasa3: (8.30- 10.30pm- Malam+Hujan)



5.) Highway LPT (Gambang- Temerloh)
Start from here aku sorang je sebab member aku dah meneruskan perjalanan ke Kemaman. Aku pulak mengambil jalan lain untuk ke rumah abang aku kat Temerloh. Kat sini kira ok la sikit berbanding jalan kampung sebelum ni yang super- uzur. Camne pun aku masih mengalami masalah yang sama iaitu cahaya tinggi yang dihadiahkan oleh kereta yang buta jalan. For safety aku follow belakang lori so kenderaan lain takkan memintas pada lane tu. Agak memalukan sebab kelajuan aku kat highway hanya 70km/j walaupun yang ditetapkan adalah 90km/j. Safety beb. Time aku jumpa exit kat Temerloh la saat yang paling indah pada hari tu.

So, kesimpulannya. Lain kali jangan la mengada- ngada nak bawak motor balik kampung apabila:
i.) Hari dah lewat.
ii.) Hari hujan
iii.) Lampu motor tak sihat.
iv.) Last but not least, bawak duit secukupnya. Kang tersadai kat tengah jalan.hahaha

2 ulasan:

  1. pasni nek kete yek.. kn nek moto itu 17 kali lgik bhye compare ngan kete.. hehehe..

    BalasPadam