Khas buat pembaca

Ribuan terima kasih diucapkan kepada setiap pengunjung blog ini yang sudi bersama2 melihat artikel yang saya postkan.

Segala penulisan saya di dalam blog ini adalah berdasarkan pengolahan dari pembacaan saya merangkumi blog,buku,jurnal,dll bertujuan untuk berkongsi ilmu kepada semua.

Pandangan dan cadangan daripada anda amat saya hargai supaya kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. =)

Selasa, 25 Oktober 2011

Sejarah Islam di Amerika

Islam adalah agama yang berkembang dengan pesat di barat.Di Amerika perkembangannya banyak didominasi oleh kaum kulit hitam disebabkan tentangan mereka terhadap fahaman perkauman seperti gerakan Nation of Islam suatu masa dulu.Melalui kajian ringkas,sejarah perkembangannya bermula dengan para immigran yang datang dari kerajaan Islam Uthmaniah dan juga dari sebelah Afrika sebagai hamba abdi pada lewat abad ke-19.

Namun begitu fakta ini mungkin boleh disangkal hari ini berdasarkan kajian yang telah dilakukan.



Antara huraian dan bukti yang diberikan oleh pengkaji adalah seperti arsip perjanjian pemerintah Amerika Syarikat dengan suku Cherokee yang merupakan salah satu suku Indian pada 1787 diketuai oleh AbdeKhak dan Muhammad Ibnu Abdullah.Kaum ini dikatakan telah menjalankan hukum Islam dalam kehidupan mereka dan menggunakan aksara tersendiri dimana ianya amat mirip dengan aksara arab.Sebagai contoh penggunaan kata "Muhammad".





Penggunaan nama2 suku dan kepala sukunya juga didakwa berasal dari bahasa Arab tidak hanya ditemukan pada suku Cherokee (Shar-kee),tetapi juga Anasazi,Apache(??),Arawak,Arikana,Chavin Cree,Makkah,Hohokam,Hupa,Mahigan,Mohawk,Nazca,Zulu,dan Zuni.Malah terdapat beberapa kepala suku Indian yang mengenakan tutup kepala khas orang Islam.





Umumnya,suku2 Indian percaya adanya Tuhan yang menguasai alam semesta dan memperhambakan diri mereka kepada tuhan.Ini merujuk kepada kata kepala suku Ohiyesa:"in the life of the indian,there was only inevitable duty-the duty to prayer-the daily recognition of the Unseen and the Eternal.Gambaran yang diberikan ini selari dengan makna penciptaan manusia dalam Islam iaitu hanya untuk beribadat kepada Allah sehaja.

Kesimpulannya,perkembangan Islam di benua Amerika adalah lebih awal berbanding maklumat kontemporari yang sediada.Mungkin benar jika dinilai dari aspek dakwah Islam yang berkembang pesat sehingga tiba di nusantara seawal abad ke-13.

Sejarah perkembangan Islam tiba di Amerika agak panjang untuk diceritakan dalam pautan ini.Oleh itu saya akan menyambung perkembangan ini dalam pautan saya yang akan datang InsyaAllah..=)

kredit kepada mp3-jiwang.org dan facebook page-Islam terbukti benar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan