Khas buat pembaca

Ribuan terima kasih diucapkan kepada setiap pengunjung blog ini yang sudi bersama2 melihat artikel yang saya postkan.

Segala penulisan saya di dalam blog ini adalah berdasarkan pengolahan dari pembacaan saya merangkumi blog,buku,jurnal,dll bertujuan untuk berkongsi ilmu kepada semua.

Pandangan dan cadangan daripada anda amat saya hargai supaya kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. =)

Selasa, 1 November 2011

Tak solat tapi Berjaya..

Dalam ceramah selalu kita mendengar kalimat "sesiapa yang bertakwa kepada Allah dia akan berjaya dan dipermudahkan hidupnya".

Pernahkah kita lihat kawan2 kita yang berjaya dalam peperiksaan, mendapat anugerah keputusan cemerlang, dan mendapat pekerjaan yang baik sedangkan kita walaupun sudah berusaha dengan bersungguh2 tetapi hasilnya mengecewakan.

Sering kita lihat ada rakan kita yang bukan Islam lebih berjaya berbanding kita bahkan kita sendiri tertindas dalam kehidupan yang sempit dan derita.

Sampaikan terkadang terdetik dalam hati dengan kata2 "dia tak solat, buat maksiat lagi tapi berjaya dalam peperiksaaan. Betul ke solat bawa kejayaan?"..Nauzubillah

Istidraj

Apakah makna istidraj?

Ia adalah satu kalimah yang menunjukkan seseorang itu terus dilimpahkan rezeki dan keupayaan melimpah ruah dalam kehidupannya walhal ia munafik,kafir, dan sebagainya.

Ia sebenarnya adalah harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah, dan segala kejayaan kepada manusia kurniaan oleh Allah bertujuan supaya manusia lebih jauh dari-Nya!

Golongan2 ini selalunya tidak berusaha menjalankan Islam dalam kehidupan mahupun untuk mendekati diri kepada Allah SWT, sangat mudah dilihat pada hari ini.

Contoh mudah ada pada Qarun, siapa tidak kenal Qarun, yang memiliki harta yang tersangat banyak seperti dinyatakan di dalam Al- Quran namun apabila diingatkan oleh Nabi Musa A.S akan rezeki2 adalah kurniaan Allah. Dengan angkuh dijawabnya "tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku".

Semakin jauh dia dari Allah walaupun kekayaan melimpah ruah berbanding kaum nabi Musa A.S yang miskin dan hamba kerana ketinggian "ilmu" yang dimiliki Qarun. Dan "ilmu" itulah yang dibawanya sekali ketika ditenggelamkan Allah ke dalam bumi beserta seluruh hartanya.

Janganlah gusar jika tidak berjaya, peluang masih ada. Jaga hubungan dengan Allah adalah perkara paling penting yang perlu dititikkan, insyaAllah segala apa yang mendatang kita mampu melaluinya.

Diceritakan dua nelayan, seorang menyembah berhala manakala seorang lagi muslim yang taat kepada Allah SWT. Ketika menebar jala, penyembah berhala menyebut nama berhalanya manakala yang muslim membaca Bismillah. Bila jala diangkat, banyak ikan diperoleh penyembah berhala tetapi hampir sahaja tiada ikan bagi orang muslim itu.

Bertanya kepada Allah akan Malaikat diatas kejadian itu "Ya Allah, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, Kau berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hamba yang menyebut namaMu, Kau tidak memberikan dia apa2".

Allah menjawab "Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti Neraka. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadanya? Tetapi hambaKu yang beriman itu, Aku hendak mengganjarkannya Syurga, maka aku suka mengujinya untuk melihat kebenaran imannya."

Setiap apa yang berlaku di dunia ini adalah ujian baik berupa kesenangan atau sebaliknya. Allah menguji hanya untuk mereka dikasihi seperti firman Allah,

"Apakah kamu mengira Kami akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?.."

Gagal sekali bukanlah bermakna selamanya, yang penting kita berusaha selagi hayat dikandung badan. Segalanya akan diperkira oleh Allah diakhir nanti, bersangka baiklah kita kepada satu2nya penolong kita.

Sebenarnya, bila kita menghadapi ujian, bersyukurlah kerana itu tanda Allah masih lagi dekat dengan kita dan itu adalh tanda kasih sayang-Nya pada kita.

Sentiasalah bermuhasabah diri akan dosa2 kita dan hubungan kita dengan Allah SWT.

Sesungguhnya Allah sangat suka menguji hamba2-Nya yang beriman...=)

kredit kepada @kewek-jiwang.org

Tiada ulasan:

Catat Ulasan