Khas buat pembaca

Ribuan terima kasih diucapkan kepada setiap pengunjung blog ini yang sudi bersama2 melihat artikel yang saya postkan.

Segala penulisan saya di dalam blog ini adalah berdasarkan pengolahan dari pembacaan saya merangkumi blog,buku,jurnal,dll bertujuan untuk berkongsi ilmu kepada semua.

Pandangan dan cadangan daripada anda amat saya hargai supaya kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. =)

Jumaat, 4 November 2011

Kapitalisme dalam Pendidikan..

Seorang bapa bertanya pada anak kecilnya "bila besar nanti nak jadi apa?" Anaknya pasti bingung kerana terlalu banyak pilihan cita2 yang ingin diberikan tetapi jawapan yang diterima oleh bapanya atau orang2 dewasa lain adalah seperti "kamu mesti pilih satu saja" walhal mungkin anaknya meminati pelbagai bidang seperti agama, ekonomi, sejarah, sains, muzik, dan seumpamanya. Hampa, kerana anak2 kecil sangat bisa untuk menyukai banyak perkara namun hasrat anak kecil itu tidak mungkin dicapai pada dunia hari ini, kenapa saya berkata sedemikian?

Kapitalisme

Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan tidak terhad. Hasilnya jurang ketara wujud di antara yang kaya dengan miskin, hal ini juga menghasilkan manusia yang berusaha pada satu jalan/bidang sahaja dalam mencapai matlamat seperti mengumpul kekayaan dan sebagainya.

Sistem kapitalis ini telah menyebabkan manusia lebih memfokuskan satu kerja dan bidang sahaja, seperti bersandarkan segulung ijazah dan sijil pada bidang yang dipelajari saja. Hal ini menyebabkan hakikat pembelajaran ilmu dalam Islam ditolak kerana lebih bersifat universal. Tidak relevan gamaknya di dunia hari ini. Hasilnya tiada alternatif dan sukar bagi seseorang untuk memajukan diri dan negara melalui cabang ilmu yang berbeza seperti ilmuan Islam terdahulu.

Jika dilihat pada zaman kegemilangan Islam yang menyaksikan keunggulan ilmu pengetahuan, sarjana2 Islam berupaya menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dari setiap sudut dan tidak hanya berpandukan satu aliran keilmuan sahaja. Contoh mudah tokoh ilmuan Islam seperti Ibnu Sina yang banyak menguasai cabang2 ilmu seperti Kedoktoran, Logik, Metafizik, Matematik, Astronomi, Psikologi, Kimia, Geologi, Tafsir, Muzik (juga dipelajari). Maka tidak hairanlah keunggulan tokoh2 ilmuan dalam tamadun Islam menjadi penyumbang kepada kebangkitan semula tamadun eropah yang gelap. Tentu sukar baginya untuk mengungguli ilmu kedoktoran dengan hanya mempelajari satu cabang ilmu sahaja.

Kepentingan Falsafah

Kebanyakan tokoh2 ilmuan Islam mempelajari falsafah dalam cabang pokok keilmuannya, tidak hairanlah banyak buku2 falsafah yunani seperti karya Aristotle, Socrates, Plato, dan sebagainya digunakan dalam rujukan mereka. Ini menunjukkan ilmu falsafah sangat penting kerana ia adalah pelajaran mengenal hakikat sesuatu perkara samada perkara pokok atau cabang2nya yakni ilmu tentang pemikiran. Itulah ilmu yang akan menggerakkan manusia supaya sentiasa maju ke hadapan, bersandarkan persoalan dan kaedah pemikiran.

Gaya pendidikan barat yang berasaskan sistem kapitalis sangat rapuh sehingga menghasilkan manusia berfikiran sempit sehingga menolak ilmu ketuhanan yang maha Esa. Falsafah pendidikan Islam hanya bersandarkan konsep "LAILAHA ILLALLAH, MUHAMMADURRASULULLAH" iaitu ilmu yang mengajak kepada keesaan Tuhan yang Maha Agung.

Sistem pendidikan pada masa kini langsung tidak menerapkan mekanisme2 falsafah dalam pengajarannya. Yang menyebabkan anak2 kecil menjadi bingung apa rasional ilmu yang dipelajarinya dalam mengejar matlamat dan masa depan hidupnya, pernahkah kita lihat remaja2 sekolah yang ponteng, malas, tidak berminat pada pelajaran. Tentu sahaja! jawapan kita terhadap perkara yang sudah menjadi kebiasaan dalam dunia hari ini. Inilah antara puncanya.

Tidaklah saya menafikan ada baiknya juga sistem sediada ini dan juga banyak menyumbang kepada kemajuan pada hari ini, semua masyarakat termasuk saya sendiri juga didedahkan kepada sistem ini namun apa yang nyata keruntuhan moral yang teruk turut berlaku akibat kekurangan unsur2 rohani yakni unsur terpenting yang membina kekuatan spiritual kita.

Itulah sebabnya peranan sistem pendidikan yang betul sangat perlu bagi melahirkan masyarakat kelas tinggi, tidak hanya menguasai satu cabang ilmu sahaja bahkan lebih dari itu melangkaui ilmu agama, falsafah, sains, sastera, dan seumpamanya. Hasil minda anak2 dibawah skim pendidikan kapitalis tidak ubah seperti robot sahaja, yang melakukan satu kerja, dan mengulang2 sahaja. Kerana itulah para pelajar mudah hilang minat dan motivasi untuk belajar.

Falsafah barat menekankan aspek kemajuan diri sendiri tanpa memanfaatkan masyarakat jauh sekali kepada yang Maha Esa, ditambah dengan ideologi kapitalisme menyebabkan perkembangan ilmu pengetahuan hanya bertunjangkan keuntungan material semata2. Berbeza dengan falsafah Islam menekankan ilmu dipelajari bertujuan supaya mendekatkan diri kepada Allah SWT, dan menuntut manusia sebagai khalifah berusaha memakmurkan alam.

"Learning without thought is labor lost; thought without learning is perilous"- Kong Fu Tze

kredit kepada zharifalimin.blogspot-------->Klik SINI

p/s: link artikel diatas sangat menarik untuk dibaca, banyak lagi pengisiannya yang dapat kita selami bersama..=)

6 ulasan:

  1. belajar lah kamu hingga ke negeri China.. tapi kenapa China?

    BalasPadam
  2. ada sesetengah mengatakannya hadis palsu,dan lagi satu hadis lemah..
    tapi bagi saya tidak menjadi salah kalau kita beramal dengan ungkapan tu sebab ia sesuatu yang baik bersandarkan kemajuan teknologi yang dicapai China pada hari ini..
    bangsa Cina pun pandai2 dan diakui semua,mungkin itu asal ungkapan tu digunakan..=1

    BalasPadam
  3. hai...
    nice entry.. suka ujaran2 dlm entry ni...

    singgah usha entry usha iklan. sama2 tmbh tabung blog.
    salam singgah.

    BalasPadam
  4. tq,entry2 ni briefing idea dari artikel asal..
    nak memudahkan orang faham apa yang disampaikan..=)

    BalasPadam