Khas buat pembaca

Ribuan terima kasih diucapkan kepada setiap pengunjung blog ini yang sudi bersama2 melihat artikel yang saya postkan.

Segala penulisan saya di dalam blog ini adalah berdasarkan pengolahan dari pembacaan saya merangkumi blog,buku,jurnal,dll bertujuan untuk berkongsi ilmu kepada semua.

Pandangan dan cadangan daripada anda amat saya hargai supaya kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. =)

Sabtu, 22 Januari 2011

Falsafah hidup...mod Skema

Aku sebenarnya amat berminat dengan subjek falsafah sains dan teknologi yang aku ambil sebagai subjek wajib dalam semesta ni. Salah satu sebabnya subjek ni sentiasa membuatkan minda kita lebih banyak berfikir dan cuba untuk memahami asbab sesuatu perkara itu dilakukan. Contoh mudah yang diberikan oleh pensyarah aku ialah apa tujuan kita belajar. Adakah dengan mendapat ilmu, harta, pangkat, atau  sebagainya.

Pembelajaran ni banyak membuka minda aku terutamanya bagaimana untuk membina perancangan hidup kita dan menetapkan target dalam setiap perkara yang bakal dilakukan. Nampak mudah tetapi sebenarnya memerlukan kefahaman yang mendalam. Aku sendiri tidak menyedari peri pentingnya semua ni sehinggalah final sem aku. Agak merugikan namun tidak terlambat untuk aku berubah. Apa yang penting untuk memahami semua ni adalah dengan mem'format'kan balik definisi Ilmu dalam kamus hidup aku.





Ilmu itu sangat penting kepada kita, Ilmu adalah nur yang menerangi hidup kita dan memberi jalan kepada kita untuk mencapai kejayaan hidup samada dunia dan akhirat. Tanpanya kita akan sesat dan mencari petunjuk yang salah dan menyebabkan diri kita semakin terpesong. Cara kita menggunakan ilmu juga penting kerana ia membawa kita kepada erti sebenarnya tujuan kita menuntutnya. Ilmu dalam perspektif Islam adalah lebih bersifat universal berbanding Ilmu  dalam persperktif Barat yang menolak kedudukan wahyu sebagai teras utamanya. Oleh itu, perbezaan ni akan membawa kepada pemikiran manusia yang mendalaminya.


Kecerdikan dan kebijaksaan adalah dua nilai yang berbeza. Pensyarah aku juga ada memberi contoh bagaimana jika keunggulan dalam sains akan menjadi tidak bermakna jika dia digunakan secara salah seperti mengklonkan manusia. Ia adalah melanggar batasan dalam tabii kemanusiaan kerana ia adalah salah satu unsur penolakan akidah. Sama juga dalam penciptaan bom atom yang tidak membawa erti malah merosakkan dunia demi kepuasan nafsu orang yang berkuasa.

Last but not least, kepada member- member aku bakal melibatkan diri dalam kerjaya professional (tak lame dah nak grad dah) aku doakan korang semua dapat menjalankan tugas dengan baik- baik. Jangan lupa Ilmu yang kita pelajari dan sentiasa belajar untuk menjadi lebih baik. Walaupun terlalu awal tapi apa salahnya dapat memberikan nasihat sekurang- kurangnya kita dapat sama- sama bermuhasabah dan mempersiapkan diri. Semoga usaha kita selama ni berbaloi dengan penat lelah kita study...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan