Khas buat pembaca

Ribuan terima kasih diucapkan kepada setiap pengunjung blog ini yang sudi bersama2 melihat artikel yang saya postkan.

Segala penulisan saya di dalam blog ini adalah berdasarkan pengolahan dari pembacaan saya merangkumi blog,buku,jurnal,dll bertujuan untuk berkongsi ilmu kepada semua.

Pandangan dan cadangan daripada anda amat saya hargai supaya kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. =)

Isnin, 24 Oktober 2011

Perisian elektronik ringkas untuk aplikasi kejuruteraan

Info2 perisian ini diperolehi daripada laman web rekacipta.net yang banyak memberikan idea2 menarik khususnya kepada yang berminat merekacipta produk2 baru. Bagi kengkawan yang masih tercari2 perisian elektrikal dan elektronik yang sesuai, di sini saya ada sediakan sedikit info berkenaannya. Ia sangat sesuai untuk dijadikan rujukan khususnya pelajar2 sekolah, kolej, universiti, dan sebagainya. Hasil dari penilitian saya ingin simpulkan satu sahaja perisian yang dirasakan berguna khususnya golongan newbie, ini memudahkan mereka yang ingin mereka litar elektrik dengan lebih efektif.

DIY Layout Creator



Perisian ringkas ini sangat berguna untuk menghasilkan tataletak komponen diatas 'stripboard'.Berdasarkan pengalaman saya yang melakukannya secara terus dengan hanya mereka litar diatas buku petak (buku matematik kotak kecik..LOL),banyak kesilapan berlaku sebab tak estimate dengan betul pada 'stripboard' apatah lagi bila dah pateri makin susah nak betulkan..=(


Sebenarnya banyak lagi perisian2 yang berguna untuk mereka litar elektronik dalam laman web tersebut,apa yang saya bagi ini bagi saya adalah paling koman untuk digunakan bernilaikan pengalaman saya sendiri.Selamat mencuba..=)

Perisian ini boleh dimuat turun di SINI.

kredit kepada rekacipta.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan