Khas buat pembaca

Ribuan terima kasih diucapkan kepada setiap pengunjung blog ini yang sudi bersama2 melihat artikel yang saya postkan.

Segala penulisan saya di dalam blog ini adalah berdasarkan pengolahan dari pembacaan saya merangkumi blog,buku,jurnal,dll bertujuan untuk berkongsi ilmu kepada semua.

Pandangan dan cadangan daripada anda amat saya hargai supaya kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. =)

Selasa, 25 Oktober 2011

Kaitan Pirate of Caribbean dalam Alam Melayu

Pasti rakan2 yang membaca blog ni pernah menonton cerita lanun ni,cerita yang mengisahkan kehidupan lanun yang mengembara meredah lautan dalam mencapai matlamat mereka.Tapi tahukah anda bahawa terdapat pandangan menarik yang mengatakan bahawa lanun yang diceritakan ini sebenarnya ada perkaitannya dengan lanun Melayu.

Huraian dan kajian yang dikemukakan dalam artikel tersebut mengatakan ia berasaskan dengan "19th Malay Regimen of British Royal Navy" dan ia didakwa benar berdasarkan bukti2 dan catatan sejarahnya pada gambar di bawah.

 


Mereka asalnya adalah bekas2 lanun yang bermaharajalela di Selat Melaka dan disebabkan keberanian mereka dan kebolehan yang mereka miliki (ilmu kebal,batin,dsb ilmu alam Melayu) menyebabkan mereka diambil bekerja dengan British Royal Navy dibawah 19th Regiment yang diketuai oleh Captain John Davie.


Namun pada 1813,anggota 19th Regiments telah melancarkan Munity (istilah bagi pemberontakan dan rampasan/pengambilalihan kuasa dalam military term atau crew ship) dengan merampas 12 kapal laut Royal Navy dan telah berpecah ke Britain,laut Arab,dan Amerika.Terjadi juga kes amukan lanun Melayu di Queen Dock London dan yang lebih menarik separuh daripada anggota ini juga diambil oleh Napoleon bagi memerangi British.



Ini juga selari dengan istilah yang diberikan khas kepada geng2 lanun tersebut iaitu "the Curse Regiments"..bourne to sails at sea in eternity.. ungkapan diatas bukanlah disebabkan sumpahan tetapi lebih kepada pilihan dimana mereka tidak dapat pulang ke kampung halaman disebabkan sudah dicopkan sebagai pembelot kerana bekerja dengan penjajah.


 


Berdasarkan artikel diatas,pengkaji membuat perbandingan mereka iaitu:
-Captain John Davie (Captain of the Curse Regiment)=Captain Davvy Jones
-3 Malay Pirates hang in Quenn Dock London=3 Pirate hang on Pirate of Carrebean 1
-Curse Regiments merampas kapal Royal Navy=Jack Sparrow merampas kapal Royal Navy

Kesahihan maklumat ini ada kebenarannya bersandarkan bukti2 yang diberikan oleh pengkaji ni.Bagi aku ini manifestasi kekuatan orang Melayu yang terkenal dalam bidang pelayaran suatu masa dahulu dan banyak lagi bukti2 keagungan bangsa ini masih lagi belum dibongkar.

Kredit dan terima kasih kepada unekspekted-cari forum & tango 87-jiwang.org

Tiada ulasan:

Catat Ulasan