Khas buat pembaca

Ribuan terima kasih diucapkan kepada setiap pengunjung blog ini yang sudi bersama2 melihat artikel yang saya postkan.

Segala penulisan saya di dalam blog ini adalah berdasarkan pengolahan dari pembacaan saya merangkumi blog,buku,jurnal,dll bertujuan untuk berkongsi ilmu kepada semua.

Pandangan dan cadangan daripada anda amat saya hargai supaya kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. =)

Khamis, 22 September 2011

Mencari kebenaran..

# Mungkin posting aku kali ini berat sikit pemahamannya, dan permulaan perkongsian kajian2 aku terhadap agama..

Salah satu dari titik penting dalam fasa hidup aku adalah dengan secara tetiba aku tertarik untuk mengkaji agama..

Pastinya korang kenal dengan tokoh2 yang terlibat dalam perbincangan berkaitan ilmu agama seperti Ahmed Deedat, Dr.Zakir Naik, dan sebagainya. Bagi aku ini adalah salah satu ilmu terpenting untuk kita memahami masalah2 yang berlaku di dunia sekarang.

Aku sendiri pernah berbincang dengan member2 aku yang bukan Islam berkaitan agama, terutamanya Kristian sebab hubungan agamanya adalah dekat dengan Islam yang mana dalam al- Quran menyatakan mereka adalah golongan ahli kitab. Kebiasaannya soal pokok seperti akidah yang selalu aku bincangkan dengan member aku dan dorang pun bersifat terbuka kalau aku bincangkan hal ni.

Suka aku ingatkan niat aku berbincang pasal agama bukanlah bertujuan untuk meng'kondem' dorang, niat aku semata2 supaya aku lebih memahami apa yang disampaikan dalam ajaran2 agama lain supaya tak timbul salah faham disebabkan sifat prejudis antara agama yang semakin menebal.
Dan sememangnya niat untuk mendakwah itu ada tapi belum sampai masa lagi sebab banyak lagi yang perlu aku pelajari.

Ah! terlupa pula satu perkara yang paling/sangat penting..
Semua ilmu2 yang aku pelajari telah membawa aku kepada satu kesimpulan yang sama.
itulah masalah akhir zaman yakni waktu yang sangat kritikal kepada kita umat Islam, yang berada di zaman penuh dengan fitnah.

Semoga kita semua tidak lalai dalam menghadapi hidup kita, dan semoga kita diberi petunjuk oleh Allah..


p/s: InsyaAllah pasni akan mnyusul posting2 aku berkaitan perbincangan agama, aku akan cuba buat seringkas yang patut. Baca byk2 kang pening lak..

1 ulasan:

  1. Salam hormat,
    saya gembira berkongsi pengalaman dengan saudara. harap tahun masih terus menulis...

    BalasPadam