Khas buat pembaca

Ribuan terima kasih diucapkan kepada setiap pengunjung blog ini yang sudi bersama2 melihat artikel yang saya postkan.

Segala penulisan saya di dalam blog ini adalah berdasarkan pengolahan dari pembacaan saya merangkumi blog,buku,jurnal,dll bertujuan untuk berkongsi ilmu kepada semua.

Pandangan dan cadangan daripada anda amat saya hargai supaya kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. =)

Isnin, 31 Oktober 2011

5 Ciptaan Hebat Berinspirasikan Alam

Banyak rekaan2 dan ciptaan yang dibuat oleh manusia hanya melalui pemerhatian mereka terhadap alam. Tidak kira rekaan itu statik seperti bangunan ataupun sebaliknya. Percaya atau tidak penyesaian masalah2 seperti mekanikal seperti rekaan produk banyak juga dapat diatasi dengan inovasi berasaskan alam. Disini saya senaraikan 5 ciptaan hebat yang diinspirasikan dari alam ciptaan Yang Maha Esa.

1.)Keretapi Peluru Jepun



Keretapi peluru yang banyak digunakan di Jepun merentasi Tokyo dan Hakata ini dapat beroperasi pada kelajuan 300km/j pada masa biasa dan maksimum (ujian masa) boleh mencecah 500++km/j. 'Shinkansen' yang dibina ini diinspirasikan dari dua jenis binatang iaitu berdasarkan bulu pada Burung Hantu yang mengurangkan rintangan udara dan bunyi dan juga Burung Raja Udang yang menginspirasikan bentuk paruhnya dalam rekaan depan keretapi yang aerodinamik dan turut menyelesaikan masalah pencemaran bunyi.

2.)Kereta bionik konsep dari Mercedes



Keunikannya terletak pada penampilannya dan juga bentuknya yang diinspirasikan dari Ikan Buntal.Bentuknya mengurangkan kadar seretan dan meningkatkan ketahanan kereta tersebut. Ditambah dengan teknologi termaju kereta ini juga mampu mengurangkan pelepasan gas nitrogen oksida sehingga 80% dan menjimatkan minyak sehingga 20%.

3.)Sayap kapal terbang



Sememangnya diketahui asas kepada ciptaan ini adalah merujuk sayap burung yang mengaplikasikannya kepada rekaan dan analisis teori aerodinamik. Struktur sempurna burung seperti tulang yang ringan, otot yang kuat, susunan tulang, dan sayap aerodinamik memudahkan hidupan ini menjadi berkuasa di udara. Maka tidak hairan pereka mengambil contoh ciptaan dari tuhan untuk kegunaan di angkasa. Inspirasinya dimulakan oleh adik beradik Wright menjadikan sayap Burung Hering sebagai model terhadap rekaan kapal terbang mereka.

4.)Bilah turbin



Mengkagumkan jika melihat Ikan Paus yang begitu besar dapat bergerak dengan mudah di dalam laut, hanya dengan menggunakan sirip dan struktur bengkakan kecil (tubercules) terletak pada pinggir hujungnya memudahkannya menujah di dalam arus laut yang dalam. Hasil analisis pada saluran angin dengan menggunakan aplikasi sirip bengkok dan bengkakan kecil ikan paus pada bilah turbin dapat mengurangkan seretan sehingga 32% dan meningkatkan daya angkatan bertambah sebanyak 40%.

5.)Alat bantu dengar



Pasti terperanjat jika dikatakan revolusi dalam alat bantu dengar ini bermula hanya dengan bantuan dari seekor binatang kecil yang kurang diminati bergelar Lalat. Kajian oleh Universiti Maryland menunjukkan 'jambatan' protein yang menghubungi gegendang2 telinganya nyata mampu membuatkan ia mengenalpasti perbezaan pada nada yang rendah dan menerima serta menguatkan isyarat yang jauh lebih baik dari biasa sehingga 8 kali berbanding alat bantu dengar biasa!

Pastinya kita tidak dapat menandingi ciptaan yang Maha Kuasa yang begitu sempurna. Namun Dia sentiasa memberi petunjuk tentang kebesaran-Nya dalam memberi ilham kepada manusia berdasarkan ciptaan yang agung ini. =)

kredit kepada greenbuzz.net

4 ulasan:

  1. secanggih manapon ciptaan manusia.. ia tidak akan pernah setanding dgn ciptaan Allah..

    BalasPadam
  2. agreed..itulah tanda manusia tu lemah berbanding pencipta-Nya..
    salah satu cara Allah mentarbiahkan manusia..=)

    BalasPadam
  3. belum ada lg pun org cipta alat dialysis sekecil ginjal kita.. subhanallah~

    BalasPadam
  4. Ilmu itu milik ALLAH kongsikan bersama tanpa HAK CIPTA...
    http://whoamieitismei.blogspot.com/2011/10/hak-cipta-part-ii.html
    http://whoamieitismei.blogspot.com/2011/10/hak-cipta.html

    BalasPadam