Khas buat pembaca

Ribuan terima kasih diucapkan kepada setiap pengunjung blog ini yang sudi bersama2 melihat artikel yang saya postkan.

Segala penulisan saya di dalam blog ini adalah berdasarkan pengolahan dari pembacaan saya merangkumi blog,buku,jurnal,dll bertujuan untuk berkongsi ilmu kepada semua.

Pandangan dan cadangan daripada anda amat saya hargai supaya kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. =)

Ahad, 9 Oktober 2011

Impak ekonomi pada kerjaya

Antara krisis2 yang syok berlaku di dunia sekarang:

Krisis ekonomi Amerika----->    http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0624&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm

Krisis ekonomi Greece----->http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_01.htm

Lambakan graduan di China----->http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0926&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Semua ni memang membuatkan aku jadi gila dengan keadaan aku yang masih belum mendapatkan pekerjaan.
Nak mengharapkan keje gomen, tak payahla konpem tak dapat. Susah siottt!!
Kalau rujuk kat masalah krisis ekonomi Greece, keje kat sektor awam pun dah tak secure. Bukanlah aku nak membandingkan dengan negara ni tapi pernah tak kita fikir sekiranya kita menerima nasib yang sama dengan mereka.

Sebelum ni ada pak menteri yang kata Malaysia juga akan muflis atas sebab2 tertentu (baca: subsidi) dan sebagainya. Mungkin ada benarnya kata2 tu tapi nampak tak kemungkinan yang akan berlaku. Berkaitan dengan keadaan negara China, keadaan juga hampir sama seperti di Malaysia walaupun tidaklah setenat seperti di sana tapi dah cukup membuatkan aku terus apply keje via online sampai. Dah tak kira engineer ke, asst. engineer atau lebih rendah, asalkan dapat keje yang sesuai walaupun gaji rendah (masih relevan nak bayar hutang PTPTN).

Masalah AS pula sememangnya tidak boleh diambil ringan, kejatuhan ekonomi AS bermakna kejatuhan ekonomi dunia. Sekiranya dikaji banyak masalah2 kewangan AS berpunca daripada sistem ekonomi kapitalis yang sudah tentunya hanya menguntungkan sebelah pihak dan hasilnya adalah apa yang terjadi sekarang. Kebanyakan negara2 dunia menunjukkan kemelesetan ekonomi yang ketara, negara2 eropah pun sudah mula memasuki fasa 'bankrap'. Masalah2 ini sangat jelas menunjukkan fasa2 akhir zaman sedang kita lalui dan sistem2 yang dicipta 'sang mata satu' begitu ketara sehinggakan kita tidak ada jalan lain selain menerimanya seperti yang pernah dijelaskan oleh Sheikh Imran Hosein (banyak gile kene explain).

Hakikatnye, hidup zaman ni penuh dengan masalah, nak mencari duit pun susah gile..
Aku hanya mampu berusaha dan berdoa supaya dapat keje halal.. isk3

p/s: lambat lagi la nak kawin...wooooo

1 ulasan:

  1. kahwin boleh tambah rezeki bro..cepatlah nikah

    BalasPadam